Thursday, 20 September 2018

Percutian ke Taaras Beach & Spa Resort, Redang Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum & Hi uols..

Sementara ingatan psl percutian ni masih segar, jom la kita story mory pasal all the expenses and experience sepanjang bercuti kat sana. Percutian selama 4 hari 3 malam sahajaaa


12 Sept 2018 
Check in Sutra Beach Resort, Merang - RM150/night inc breakfast.

Decided to stay one night dekat Merang so takda la penat sgt. Almaklum la KL - Merang almost 5hrs jgk driving. Kalau tak stop, boleh 4hrs je kot beserta saman speedtrap selepas tu smp kat rumah! Hahaha!  Long journey dengan anak2 pulak, lps sorang-sorang nak terkucil la nk makan la. So sampaila dekat Sutra pukul 3.30 petang. 


Sutra Beach Resort



13 Sept 2018
Check out Sutra Beach Resort, Merang. 

Lepas breakfast, terus ke Merang Jetty. From hotel to Merang Jetty cuma 5min driving. So no rushing. Review pasal resort ni, Bilik tak best, tp view dekat pool and resort cantik dan bersih. Bilik tak best ke sangat tak best? haha! sebab bilik berbau hapak sikit, cadar ada spot ape ntah. Perabot lama dan tv mcm tv rosak. Nsb baik one night jer. So mls nk pjg cite. Tdo jelah..... 

Booking speedboat dengan Merang Jetty Speedboat. Boleh book jgk melalui website dorang www.merangjetty.com
Sebab nak memanfaatkan masa sebaik-baiknya, so after check out pkl 9 pagi tu, iols mintak dorang bawak pergi snorkeling dulu before check in Taaras. Di Merang Jetty Speedboat ni ada package snorkeling dan lain2 aktiviti. Blh check dkt website dorang. So, arrangement dah dibuat dengan deyols a week before our arrival. Kiteorang amik halfday snorkeling package jer. Start pkl 9.30 pg sampai 2.00 ptg.

Sempat singgah 3 point utk snorkeling. Tp cuma ingat satu tempat jer.. dkt Long Beach Redang. Kikiki.. Sorry uols. 

Cost utk speedboat 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (semua bawah 7thn);
13.09.18 one way Merang - Taaras inc snorkeling half day 
15.09.18 one way Taaras - Merang 
Total : RM494.00

Lepas dah snorkeling, pkl 2 petang tu kiteorg di transfer ke Taaras Beach Resort pulak.
Ok lesson learned dekat sini, di Redang Jetty mmg takda toilet, korang mmg tkda tempat utk tukar baju ke betulkan tudung ke nk shishi ke. Mmg takda. So dlm keadaan tak selesa,nak taknak kena lah naik van ke Taaras dlm keadaan bj mndi yg lembab iteww.. septtnya jgn gelupur nk snorkeling sbb kt luar taaras tu ada je option lain nk snorkeling. Hwahwa tersilap langkah. Pdn muko. Van ke Taaras ni disediakan oleh pihak resort. Kena inform in advance by email or phone call pkl brp utk pick up dekat Redang Jetty. Kalau own speedboat arrangement, mmg akan turun dekat Redang Jetty. Kalau arrangement by Taaras Resort, turun di Taaras Resort Jetty lah. Rasanya semua boat transfer ada timetable dia. Kena check la sendiri yer.  

Boat transfer return per adult/kids RM235.00 by Taaras Resort. 

So, iols arrange speedboat sendiri jek n naik ferry pn blh jgk ke Taaras ni. More cheaper cuma perjalanan dari Syahbandar Jetty ke Redang Jetty, dalam 2 jam and up to 3 jam kalau laut bergelora. Hehe.. Kalau naik speedboat kurang dari sejam shj. Kalau taknak bergelora, pergilah selepas bln Feb dan sebelum bulan Sept. 

Kalau nak feeling lagi, boleh jgk naik direct flight from Subang airport to Redang airport 
RM1600nett per adult/kids

Ok dah sampai lobby tu, relax jelh kat sofa. Segala luggage dorang yang akan loading dan bawak smp ke bilik. Kalau bilik jauh, dorang akan hantar naik buggy. Time ni korang feeling la jd org kaya selama 3 hari 2 malam. Hahaha! and deyols akan serve guest yg br smp dgn hot towel and fresh juice.. gituhh

Golek2 jelah kat sofa sampai dorang yang akan datang kt korang bg form, fill up and etc. Fyi, Taaras akan mintak min RM1500 miscellaneous deposit. Utk segala aktiviti, makan tgh hari, mlm or etc kat dalam resort tu. BUTTT i explain yg iols tak nak buat apa2 aktiviti pun dalam resort. Just nak relax and chill the wind gituh. Hahaha! So dorang just amik my debit card no without lock the amount lah. Sbb iols tak pakai card credit. Hehe.. Say NO to credit card! Tiberrrr 🙊


Fyi, iols booked thru Expedia. Dekat website tu ada jugak offer for Ocean Half board or Full board package. Tapi iols amik room inc breakfast sahaja. Utk kids tak sure charge dari umur berapa. Sebab anak-anak tak kena pulak additional charges for breakfast. 

Yang beruntung dan bersyukurnya bila dpt free upgrade room. Maybe sbb ada anak2.. 
Bilik yang kiteorg booked actually atas bukit, ada bathtub, balcony and sea view so bahaya sikit utk anak2 dekat balcony tu kot. Mungkin jgk pihak resort pun taknak ada tragedi buruk berlaku kot? 
Sooo dapatlah Suite room with Garden view. 
Yeayyyy!! near to beach, swimming pool, lobby and cafe. Alhamdulillah.

Room type yang kiteorg book is Cliff Hill, price one night RM600++
Garden Suite, price one night RM800++
Harga akan berlainan ikut season rasanya. Total for 3d 2n is RM1400 inc tax 
Still reasonable kan? cuba korang book bln march during school holiday, harga bilik satu malam boleh beli tiket return pegi Jepun naik MAS. Kikiki




Utk makan tgh hari dan petang, ada beberapa kedai makan kat luar resort. So jgnlah dirisaukan psl makan tgh hari dan malam. Boleh juga sewa motor jgk kalau nak jln2 pusing kg. Tak besar mana pun. Sejam dah habis pusing dah. RM30/per hour. 

Kalau nak arrange activity dalam resort pn boleh lepas dah check in. Ada activities for kids jgk, ada provide nursery w extra charge hihi, ada kayak, snorkeling, parasailing, fishing and many more. Later iols upload list of activities dekat Taaras ok. Tk jnji bila, nantiiii.. sbb luggage pn blm unpacking lg. 😂

Yg bestnya jugak, dekat dalam Taaras ni ada turtle lab, boleh masuk tgk mcm mna dorang peram telur penyu. Anak2 boleh participate utk lpskn bby penyu. Harga utk seekor bby penyu RM50. Tak boleh bawa blk yer.. Untuk dilepaskan ke laut shj. Hasil sumbangan tu nnt akan digunakan utk penyelidikan dan pemuliharaan penyu di Pulau Redang. Hasil usahasama pihak resort dan Universiti Malaysia Terengganu. 

14 Sept 2018
Dapat complimentary cake dari Taaras Resort utk ank iols yg pertama. Happy Birthday My Firstborn, Aydan Mikhail. 





15 Sept 2018
Check out pukul 12 tengahari. Lepak dkt lobby sementara anak2 main dkt playland. Pukul 12.45pm baru gerak ke Redang Jetty naik van. Boat sampai pukul 1 ptg.

Review utk resort ni.. 5 star sesuai dengan harga. Hee Staff sgt2 friendly dan helpful. Mybe sbb 5 star kot? 😆 Pasir pantai mcm kat maldives! Putih tapi tak sehalus Maldives. Tp mmg cntik. Ambience sgt menyenangkan. Pool setiap pg dibersihkan dlu. All is worth it. 
CUMAAAA bab breakfast tu sedap mmg sedap tp bykkan kan lg menu lah deyy.. So far breakfast hotel yg plg tiptop iols rasa dkt Awana Kijal, Terengganu. Roti canai sambal sardin tetap terbaek! Rambang mata tgk makanan! wpn buffet utk breakfast shj. 

Ok sampai sini jelah kot. Pending Percutian ke Bali dengan anak2, percutian ke Maldives, tapiii dah lupa segala expenses kat sana.. So sekian terima kasih jelah. Nak gambar lebih banyak?? ok blh google. Kikiki.. Bye. 

Total hangus utk percutian selama 4 hari 3 malam not more than 3k kot. Jimat banyak sebab nya drive sendiri, mkn luar resort, tkda aktiviti lain yg kteorg buat selain mkn tdo, mkn tdo, lpk tepi pantai, lpk pool, rendam dlm bath tub. Sbb ank2 mmg gile air. Boleh berendam dari pg smp ke ptg smp kecut.. *facepalm*** 
Takpelah nak, asalkan bahagia.. ❤