Monday, 2 December 2019

Cara Apply RUMAWIP - Rumah Pertamaku

Assalamualaikum,

I'm sure ramai dari kita yang teringin mempunyai rumah sendiri kan. Tak kisah la dekat bandar ke luar bandar. Keinginan nak ada aset sendiri tu mesti ada kan.
Ok jom iols tolong share how the process to apply rumawip..............

Fyi, RUMAWIP is stand for Residensi Wilayah.
Boleh baca dulu link kat bawah ni sblm nak tau process apply RUMAWIP ni. Jangan malas membaca okeh!

https://www.iproperty.com.my/guides/9-perkara-yang-perlu-anda-ketahui-tentang-rumawip/

Oh btw, 10% downpayment tu depends on situation. Contoh kalau gaji tak lepas untuk buat 100% loan, kena la byr 10% tu. Kalau gaji lepas, komitmen tak tinggi, CCRIS ok, should be okay je. Inshaallah. Kalau pembelian rumah kedua, harusla bayar 10% tu.

Ok bwh ni step macam mana i apply rumawip;


Daftar acc di website rumawip, pilih project yang mana, click mohon.

Second, upload segala dokumen yang diperlukan. Dah complete, call developer kat mana mereka buka booth atau boleh direct ke sales gallery untuk discuss further. Biasanya dekat project yang dimohon dalam website rumawip ada nama developer sekali. So google, dapatkan contact no ok.

Third, dah jumpa wakil developer / sales agent, biasanya mereka akan minta untuk bayar booking untuk lock unit. Deposit booking dari RM1500 - RM5000. Boleh tanya directly to developer berapa booking yang diperlukan sebelum set date untuk jumpa. So boleh standby deposit siap2. 
Mine kena bayar RM1500. Non refundable kalau loan approved atau cancel application. 
Refundable kalau loan rejected. And ada a few docs kena sign upon our meeting. 
Simple document jer. Untuk developer apply kelulusan dari DBKL samada korang layak atau tak apply under rumawip. Syarat kelayakan boleh refer link atas. 

So dah bayar deposit, tunggu process loan pulak. A week after bayar deposit tu, wakil developer / sales agent call untuk pilih unit. Ada buat official launching, so boleh pilih unit mana yang korang nak. Tak sure developer yang lain process macam mana. My developer is from SkyWorld Development SB. So sesiapa yg apply under skyworld, should be sama la the process of unit selection. Dah pilih unit, jumpa balik wakil developer / sales agent yang first skali korang deal tu, and banker skali utk fill up a few docs. Tak perlu bawa apa2. Bawak diri jer. Ngeh ngeh ngeh...

Next, 4 hari lepas unit selection tu, dapat whatsapp dari banker, loan approved 100%. Syukur Alhamdulillah. Then banker akan set date dengan kita untuk sign agreement with bank and insurance. 

On the same time, wakil developer / sales agent akan update application dari DBKL sebelum sign Sale Purchase Agreement (SPA). Klau depa tak update, korang follow up lah. 

Dah dpt approval letter from DBKL, wakil developer / sales agent akan set date dgn lawyer untuk sign SPA and ada additional 1k++ for loan disbursement. Dah dpt surat SPA, boleh la proceed ke KWSP kalau nak keluarkan korang punya acc2.. nak byr depo rumah ke, nak renovate ke sukatila... Process to get Certified True Copy of SPA tu ambil masa dlm 2 weeks. Makesure dpt dlu CTC SPA before proceed to KWSP ok.

So............... kesimpulannya, takda la complicated sgt pun nak apply rumah ni. Tak cuba tak tau kan. Tp for certain case, mmg ssh pun kot. Ntahla. Apa2 pun doa bebyk semoga dipermudahkan segala urusan. In my case, Alhamdulillah Allah permudahkan. Tunggu la rumah siap tahun 2023 nanti. Yeayyyy!!!

*PS: Rumawip boleh disewa kan tau. Cuma dlm masa 10 tahun pertama tak boleh jual. Tu je.  

Okla selamat mencuba. 












Thursday, 20 September 2018

Percutian ke Taaras Beach & Spa Resort, Redang Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum & Hi uols..

Sementara ingatan psl percutian ni masih segar, jom la kita story mory pasal all the expenses and experience sepanjang bercuti kat sana. Percutian selama 4 hari 3 malam sahajaaa


12 Sept 2018 
Check in Sutra Beach Resort, Merang - RM150/night inc breakfast.

Decided to stay one night dekat Merang so takda la penat sgt. Almaklum la KL - Merang almost 5hrs jgk driving. Kalau tak stop, boleh 4hrs je kot beserta saman speedtrap selepas tu smp kat rumah! Hahaha!  Long journey dengan anak2 pulak, lps sorang-sorang nak terkucil la nk makan la. So sampaila dekat Sutra pukul 3.30 petang. 


Sutra Beach Resort



13 Sept 2018
Check out Sutra Beach Resort, Merang. 

Lepas breakfast, terus ke Merang Jetty. From hotel to Merang Jetty cuma 5min driving. So no rushing. Review pasal resort ni, Bilik tak best, tp view dekat pool and resort cantik dan bersih. Bilik tak best ke sangat tak best? haha! sebab bilik berbau hapak sikit, cadar ada spot ape ntah. Perabot lama dan tv mcm tv rosak. Nsb baik one night jer. So mls nk pjg cite. Tdo jelah..... 

Booking speedboat dengan Merang Jetty Speedboat. Boleh book jgk melalui website dorang www.merangjetty.com
Sebab nak memanfaatkan masa sebaik-baiknya, so after check out pkl 9 pagi tu, iols mintak dorang bawak pergi snorkeling dulu before check in Taaras. Di Merang Jetty Speedboat ni ada package snorkeling dan lain2 aktiviti. Blh check dkt website dorang. So, arrangement dah dibuat dengan deyols a week before our arrival. Kiteorang amik halfday snorkeling package jer. Start pkl 9.30 pg sampai 2.00 ptg.

Sempat singgah 3 point utk snorkeling. Tp cuma ingat satu tempat jer.. dkt Long Beach Redang. Kikiki.. Sorry uols. 

Cost utk speedboat 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (semua bawah 7thn);
13.09.18 one way Merang - Taaras inc snorkeling half day 
15.09.18 one way Taaras - Merang 
Total : RM494.00

Lepas dah snorkeling, pkl 2 petang tu kiteorg di transfer ke Taaras Beach Resort pulak.
Ok lesson learned dekat sini, di Redang Jetty mmg takda toilet, korang mmg tkda tempat utk tukar baju ke betulkan tudung ke nk shishi ke. Mmg takda. So dlm keadaan tak selesa,nak taknak kena lah naik van ke Taaras dlm keadaan bj mndi yg lembab iteww.. septtnya jgn gelupur nk snorkeling sbb kt luar taaras tu ada je option lain nk snorkeling. Hwahwa tersilap langkah. Pdn muko. Van ke Taaras ni disediakan oleh pihak resort. Kena inform in advance by email or phone call pkl brp utk pick up dekat Redang Jetty. Kalau own speedboat arrangement, mmg akan turun dekat Redang Jetty. Kalau arrangement by Taaras Resort, turun di Taaras Resort Jetty lah. Rasanya semua boat transfer ada timetable dia. Kena check la sendiri yer.  

Boat transfer return per adult/kids RM235.00 by Taaras Resort. 

So, iols arrange speedboat sendiri jek n naik ferry pn blh jgk ke Taaras ni. More cheaper cuma perjalanan dari Syahbandar Jetty ke Redang Jetty, dalam 2 jam and up to 3 jam kalau laut bergelora. Hehe.. Kalau naik speedboat kurang dari sejam shj. Kalau taknak bergelora, pergilah selepas bln Feb dan sebelum bulan Sept. 

Kalau nak feeling lagi, boleh jgk naik direct flight from Subang airport to Redang airport 
RM1600nett per adult/kids

Ok dah sampai lobby tu, relax jelh kat sofa. Segala luggage dorang yang akan loading dan bawak smp ke bilik. Kalau bilik jauh, dorang akan hantar naik buggy. Time ni korang feeling la jd org kaya selama 3 hari 2 malam. Hahaha! and deyols akan serve guest yg br smp dgn hot towel and fresh juice.. gituhh

Golek2 jelah kat sofa sampai dorang yang akan datang kt korang bg form, fill up and etc. Fyi, Taaras akan mintak min RM1500 miscellaneous deposit. Utk segala aktiviti, makan tgh hari, mlm or etc kat dalam resort tu. BUTTT i explain yg iols tak nak buat apa2 aktiviti pun dalam resort. Just nak relax and chill the wind gituh. Hahaha! So dorang just amik my debit card no without lock the amount lah. Sbb iols tak pakai card credit. Hehe.. Say NO to credit card! Tiberrrr 🙊


Fyi, iols booked thru Expedia. Dekat website tu ada jugak offer for Ocean Half board or Full board package. Tapi iols amik room inc breakfast sahaja. Utk kids tak sure charge dari umur berapa. Sebab anak-anak tak kena pulak additional charges for breakfast. 

Yang beruntung dan bersyukurnya bila dpt free upgrade room. Maybe sbb ada anak2.. 
Bilik yang kiteorg booked actually atas bukit, ada bathtub, balcony and sea view so bahaya sikit utk anak2 dekat balcony tu kot. Mungkin jgk pihak resort pun taknak ada tragedi buruk berlaku kot? 
Sooo dapatlah Suite room with Garden view. 
Yeayyyy!! near to beach, swimming pool, lobby and cafe. Alhamdulillah.

Room type yang kiteorg book is Cliff Hill, price one night RM600++
Garden Suite, price one night RM800++
Harga akan berlainan ikut season rasanya. Total for 3d 2n is RM1400 inc tax 
Still reasonable kan? cuba korang book bln march during school holiday, harga bilik satu malam boleh beli tiket return pegi Jepun naik MAS. Kikiki




Utk makan tgh hari dan petang, ada beberapa kedai makan kat luar resort. So jgnlah dirisaukan psl makan tgh hari dan malam. Boleh juga sewa motor jgk kalau nak jln2 pusing kg. Tak besar mana pun. Sejam dah habis pusing dah. RM30/per hour. 

Kalau nak arrange activity dalam resort pn boleh lepas dah check in. Ada activities for kids jgk, ada provide nursery w extra charge hihi, ada kayak, snorkeling, parasailing, fishing and many more. Later iols upload list of activities dekat Taaras ok. Tk jnji bila, nantiiii.. sbb luggage pn blm unpacking lg. 😂

Yg bestnya jugak, dekat dalam Taaras ni ada turtle lab, boleh masuk tgk mcm mna dorang peram telur penyu. Anak2 boleh participate utk lpskn bby penyu. Harga utk seekor bby penyu RM50. Tak boleh bawa blk yer.. Untuk dilepaskan ke laut shj. Hasil sumbangan tu nnt akan digunakan utk penyelidikan dan pemuliharaan penyu di Pulau Redang. Hasil usahasama pihak resort dan Universiti Malaysia Terengganu. 

14 Sept 2018
Dapat complimentary cake dari Taaras Resort utk ank iols yg pertama. Happy Birthday My Firstborn, Aydan Mikhail. 





15 Sept 2018
Check out pukul 12 tengahari. Lepak dkt lobby sementara anak2 main dkt playland. Pukul 12.45pm baru gerak ke Redang Jetty naik van. Boat sampai pukul 1 ptg.

Review utk resort ni.. 5 star sesuai dengan harga. Hee Staff sgt2 friendly dan helpful. Mybe sbb 5 star kot? 😆 Pasir pantai mcm kat maldives! Putih tapi tak sehalus Maldives. Tp mmg cntik. Ambience sgt menyenangkan. Pool setiap pg dibersihkan dlu. All is worth it. 
CUMAAAA bab breakfast tu sedap mmg sedap tp bykkan kan lg menu lah deyy.. So far breakfast hotel yg plg tiptop iols rasa dkt Awana Kijal, Terengganu. Roti canai sambal sardin tetap terbaek! Rambang mata tgk makanan! wpn buffet utk breakfast shj. 

Ok sampai sini jelah kot. Pending Percutian ke Bali dengan anak2, percutian ke Maldives, tapiii dah lupa segala expenses kat sana.. So sekian terima kasih jelah. Nak gambar lebih banyak?? ok blh google. Kikiki.. Bye. 

Total hangus utk percutian selama 4 hari 3 malam not more than 3k kot. Jimat banyak sebab nya drive sendiri, mkn luar resort, tkda aktiviti lain yg kteorg buat selain mkn tdo, mkn tdo, lpk tepi pantai, lpk pool, rendam dlm bath tub. Sbb ank2 mmg gile air. Boleh berendam dari pg smp ke ptg smp kecut.. *facepalm*** 
Takpelah nak, asalkan bahagia.. ❤






Thursday, 3 November 2016

Cost Wajib Ke Tokyo, Japan

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Lets straight to the point since ramai yang bertanya how much is our budget to Tokyo.


So here is the details. Itinerary, tips, additional cost and experience will be share later ye.


Ini cost yang wajib for our family. 2 adults, 3 kids (kids age 5, 4 & 2 years old).


We paid all this upfront except for Pasmo card. Tu kena beli kat airport. So ke Japan bawa cash for transportation, belanja and shopping!


Backpackers style jer. Jimat berbaloi2. Selamat menabung uols! Hee 






Monday, 25 July 2016

Avent special anniversary DEAL~

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم


Rasa macam benda ni patut di kongsi dgn mommies semua, So kita pun gigih lah menulis balik. huhu. Curi masa waktu bekerja jap! 

Ni bukan tips yer.. Hee tapi saja nak share yang skrg ni AVENT ada buat special anniversary deal tau from now till 18 Sept 2016. 
Untuk mommies yg nak bersalin, planning nak fully breastfeed baby ke, haruslah buat stock susu bebyk kan! So boleh lah beli manual breast pump avent dengan harga RM125 jer dari harga asal RM299. Selected breast pump, sterilizer, breast pad and a few parts will get 30% off ya. 

Dannnn yang ni paling menarik sekali, mommies boleh trade in botol lama & teats sekali. Best kan!! Instead of kita campak dalam cik tong, lebih baik trade in! Buruk mcm mana pun deyols terima jer. Janji mmg original one set Avent. Bukan botol jer avent, tetiber teats brand Mamu. contoh jer yer. Hikhik. Yang ni dapat 40% off tau! Banyak tu discount!! 

Nahh ni template yang kita amik haritu. Mommies boleh refer kat sini.






Sorry template dah konyok, Almaklum la main sumbat jer dalam bag. Tak dan nak lipat helok2. Tp gambar still blh tengok lagi. Ok lettew.. Hehe

Apa lagi serbu la cepat! While stocks last!!!


Tuesday, 12 May 2015

Candy Buffet DIY

Fuhhh fuhhh fuhh!

Setahun tak ngedate ngn blog nih. Last time update entry masa Anaqi lahir je. Tup tup dah setahun dah. Cepatnya lah masa berjalan.

Baru-baru ni ada buat majlis harijadi si kenit yg ke setahun. Kali ni memanggggg lah penat tersangat penat. First time buat dekat rumah, so semuanya kena setup sndiri. Dari pasang khemah, ikat belon, tiup belon, kemas, beli barang, masak pn sndiri. Tapiiiii sndiri tu dgn bantuan adik beradik, mil, mama abh dan dh tentu Encik Asben. En Asben last2 baru muncul. Almaklumlah ssh dpt cuti. Berkhidmat dan menjaga keamanan negara gituh. Hmm Nasib baik mak kite yang tlg masakkan. Alhamdulillah puas hati. Berjalan lancar, anak2 pun happy. Memang malam tu semua terbongkang kepenatan.

Birthday kali ni kte buat beriye sikit. Almaklumlah ank bongsu kan. Mmm. Yes bongsu :p Jgn tanya lelebih. So mil siap buatkan suit ultraman yg cantik lagi untuk cucu laki tiga org nih. Bila kita share dkt kwn2 ramai jgk bminat. Rasanya next month baru bkk order kot. Tggu mak mertua hbskan tempahan jahit langsir dlu eh.
Ini lah baju ultraman mil kite jahitkan. Nais kan!


Aydan's 1st birthday celebration dekat A&W. Tgh sarat 8 bln mengandungkan si Ariz. Gigih jgk buat tu.

Ariz's 1st year birthday celebration & mengandung lagi. Hihihi. This time baru 5 bln mengandung. Dgn mengadap dua ank jntan yg sedang ligat. Buat jugak lah sikit2.

Dan yang terbaru si kecik Anaqi pnya birthday. Nanti kite update & masukkan gambar dekat next entry hokeh. 
Now masa untuk pulang~


Monday, 11 August 2014

Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8, Putrajaya.


Yuhuuuu~

Kita dah pun selamat bersalin kan 3rd baby pada 27 April 2014 yang lepas.

Alhamdulillah semuanya sangat mudah. Dari mengandung, melahirkan sampailah sekarang..
Syukur semuanya berjalan lancar. So far tak stress sampai tahap nak hentak kepala kat dinding, Haha! Almaklumla anak semua kecil2 lagi. So perlukan kesabaran yang tinggi melangit la ehh.

Ok lemme introduce uols to my 3rd baby. Anaqi Muiz nama diberi. Kalau yg tertanya2 tu apa maknanya, jawapannya ialah keindahanku yang menawan hati. 

Pengalaman bersalin yang 3rd ni sangat lah tenang dan senang. 1st baby bersalin masa 36minggu 4 hari, 2nd baby 40minggu 2 hari & 3rd baby 40minggu 6 hari. Kalau ikut kiraan scan, besar bby, berat bby mmg ngam, tak lari pun..maybe yang 3rd bby ni terasa bahagia agaknya duduk dalam perut mommy lama2. Tu yang overdue 6hari tu. Kalau ditakdirkan admit 28hb April, alamatnya kenalah induce lagi sekali.

Tapi.........
Pagi 27hb April tu dah ada tanda nak bersalin. Pukul 11pagi, whatapps En Asben, "syg, rasanya dah boleh balik rumah kot. Org mcm sakit perut je ni. Kejap ada kjp takda sakit ni"
Dannn dengan pantasnya En Asben pecut balik rumah. Kite pun siap2 ke Putrajaya.
Perjalanan dari rumah ke sana ambil masa dalam setengah jam. Plan asal nak bersalin di Hospital Putrajaya tapi baca review, ramai cakap situ susah sikit sbb kadang2 kalau blm betul2 nak bersalin, nurse akan suruh kita balik dulu atau transfer ke hospital lain yg berdekatan. Kalau uols mmg duduk area situ, beralamat di situ, kes anda kemungkinan tidak akan ditolak lah. Wallahualam.
Itu yg kita baca lah. Kesian mommies yg kena mcm tu kan. Kebetulan ada kawan kenalkan Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 Putrajaya tu. *Hehe saja tulis penuh gitu senang kalau ada sesiapa nk review pasal tempat tu. 


Sampai je sana terus register.
Masa 39weeks hari tu mmg ada call dulu untuk confirmkan boleh atau tak bersalin situ.
Berikut ialah soalan yang ditanya oleh nurse masa call tu :-

  • Bersalinkan anak ke berapa
  • Normal atau caesar
  • Dekat buku pink, bahagian depan buku nurse ada tulis apa2 atau tidak
  • Anak yang lahir sebelum ni cukup bulan atau tidak
  • Berat anak lahir yang sebelum ini berapa kg
  • Berat anak dalam perut dalam berapa kg

Ok fyi, pusat bersalin ni hanya terima anak no-2 dan keatas. Mommies yang pernah bersalin caesar, tak boleh bersalin situ. *kalau mommies yg pernah bersalin caesar boleh ke situ jgk skrg, tak sure, apa2 call dulu naa* Macam kita punya buku pink tu, nurse ada tulis HB low, tak low sangat pun >10 je pn. Biasa lah awl2 preggy dulu tak cukup rehat, makan tak selera, nak dekat bersalin tu baru HB ok. Sekali dua time checkup tu je low. So mereka pun ok lah.
Anak no-2 lahir besar, 3.81kg so mula2 deyols was2 jugak nak ckp okay, Bila bagitau normal delivery, tak ada complication, kencing manis, darah tinggi semua tak ada, barulah nurse cakap ok. Tak perlu booking atau register bagai. Nak beranak nanti terus datang je.
Untuk pengetahuan uols lagi, pusat bersalin ni TIADA DOCTOR PAKAR. Jadi sebarang kemungkinan atau complications yg terjadi, amatlah tidak diingini oleh nurse2 di situ.
Nama pun pusat bersalin berisiko rendah. So faham2 jelah eh. Kadang yg akan menyambut anak uols nanti cuma sister (yg berbaju biru tua tu) dan beberapa org nurse yang berpengalaman je. Doctor practical ada rasanya dan Doc yang berpengalaman sorang. Tu pn On Standby. Ada adalah, klau On Call kt tempat lain, takda lah ye. Tapi kalau terjadi apa2, mereka akan terus transfer ke Hospital Putrajaya / Serdang. risiko jugak la kan sebenarnya

Sampai pusat bersalin dalam pukul 12.30 tengah hari. Register, bagi buku pink, tukar baju and check CTG. Contraction time tu tak berapa kuat, bukaan pun baru 4cm. So baring la dulu kat katil sambil layan melodi. Hehe!
Setiap kali contraction datang, setiap kali tu lah terkumat kamit baca zikir Nabi Yunus tu. Zikir tu memang kita amalkan dari bersalinkan 1st baby.

Kurang dari sejam, bukaan dah 7cm, dan tiba2 doctor practical dtg bgtau kita kena transfer ke Hospital Putrajaya sbb bukan kategori berisiko rendah lagi dah overdue 6 hari. pulakkk. Then nurse situ pun call & refer dengan doc pakar Hospital Putrajaya psl kita ni. Check lagi jalan dah buka 8cm, air ketuban dah keluar sikit, light green, Alamak! bby dah start berak dalam perut.

Can u imagine sakit contraction 8cm tu mcmmana tetibe kena transfer lak. Haih!

Berangkutlah naik ambulan. Kelam kabut nurse sediakan ape2 yg ptt disediakan, kita disuruh baring mengiring, bahagian perut pasang belt, kaki kena sentiasa kepit takut baby terkeluar. Kebetulan hari nak bersalin tu Si Obama datang Putrajaya.. Haih! terima kasihlah kan.. 
Jln jammed tak hengat punya. Nasib baik ada radio car standby kat tepi jalan tlg escort sampai hospital. Terus laju jer ambulan pecut. Best kena escort! Fefeeling VIP kjp haha!

Dalam ambulan air ketuban pun pecah, rasa sakit yang teramat pun datang. Setiap kali contraction, setiap kali tu lah nurse yang dalam ambulan tu tolong baca doa usap2 perut. Sampai je Hospital Putrajaya, baru je nak transfer dari stretcher ambulan ke katil hospital, kepala bby dah pun terkeluar. Nasib baik lah time tu dah tolak masuk labor room.
Kalau terkeluar depan org ramai, malu jgk kita hoi!
No wonder lah nurse asyik srh kepittt jer. Kalau terlentang tu memang beranak terus dalam ambulan.

Dan takdan la En Asben nk masuk tengok kita bersalin. Memang kali ni cepat sangat keluarnya. Nasib baik jugak tak kena caesar. Sbb bby dh start berak dalam perut. Takut complication lain tapi Alhamdulillah selamat semuanya. :)


Lepas maghrib kena transfer balik ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8 tu. Actually Pusat Bersalin ni asal nya ialah kuarters kakitangan kerajaan tau tp satu block tu deyols jadikan ala2 tempat bersalin bercirikan 'homebirth' gitew. So kita dapat duduk rumah yang ada tiga bilik. Setiap satu bilik, cuma dua orang shj. Ibu dan baby. Satu rumah ada seorang nurse untuk jaga ibu2 yang baru lepas berjuang. Toilet ada dua, dapur semua ada. Aircond setiap satu bilik dan TV di ruang tengah. Selesa sangat. Tidur lah anda dengan aman tanpa diganggu sesiapa kat situ. Cuma nurse jelah masuk dalam pukul 4pg mcmtu untuk check blood pressure.  Paginya breakfast, tengahari mkn, petang boleh discharge dah. Mudahkan? satu mlm jer duduk situ. Kalau ada sesiapa nk dtg melawat, pukul 12-2ptg, 4-7ptg during weekdays. Weekend i dunno. Silalah google atau call tempat tu kalau nk tau lebih lanjut.














Inilah budak yang popo dlm perut mommy tu. Berat lahir, 3.98kg. Keluar2 menyengih, siap sedu lagi. Almaklum la baby overdue. So tumbesaran tu terlebih advance la gamaknya ye. Huhu

Monday, 17 March 2014

Anak lahir rapat. Macammana rasanya ehh?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat hari selasa uols.

Lama tak menulis. Biasalah kita sibuk membesarkan baby dalam perut. Apa lagi.. Hehe
Next month dah due dah. I is tak sabarrr :)

Ni nak cerita serba sikit apa yang dirasai sendiri mempunyai anak yang dilahirkan rapat rapat.
Memang tak disyorkan untuk ada anak rapat2. Sekurang2 nya kena jarak dalam 2 tahun kan. Tp apa boleh buat.. Diri sendiri tak blh nak merancang. Makan pil pn tak sesuai. Injection dan alat hormone lain pn tak sesuai. So En Asben jelah sorang2 kena merancang. Tp dia pn gagal ok! Fullstop.

Ok Meh tengok serba sedikit pengalaman membesarkan anak yang jarak sorang setahun ni.
  •  Jimat
-1st thing first is JIMAT. Hehe Dari  segi pakaian, barang mainan, alatan mandi, tempat tidur. Semua boleh disatukan. Ok mcmni contoh.. Kita beruntung sebab anak same gender. Since depa ni cuma selang setahun, so size badan pun ala2 lebih kurang jelah. Masing2 boleh share & tukar2 baju. Shower gel of course la blh share. So far anak takda masalah eczema. Syukurrr.
Bab mainan pulak mmg berbakul2 mainan. Itu pn blh main sama2. Kadang2 berlaku jugak perebutan tapi pandai2 la kita leraikan eh.
Contohnya kalau abg & adik berebut mainan yang sama, kita gantikan la mainan lain utk alih perhatian dorang. Atau beli la dua mainan yg sama tp berbeza colour ke. Sharing & bertolak ansur ni kne train dari kecil tau. Jangan menangkan abang ke adik ke. Bg kita la takda istilah abg kena sentiasa mengalah pada adik. Sbb serba sikit mesti anak tu akan kecik hati dan risau terbawa2 sampai ke dewasa pulak kan. Cukup la abang jadi pelindung pada adik2.

  • Berkawan baik
-Dari apa yang kita nampak sendiri kan, bila salah seorang yang tidur, mesti dorang akan sunyi. Macam Ariz akan saja kacau Aydan tidur. Suruh bangun. Ada masanya boleh main sama2, tidur sama2. Ada masanya bergaduh jugak sikit2. Kita kena lah monitor.

  • Membesar bersama
-Makan sama2, main sama, mandi sama, tidur sama. Semuanya sekali jalan. Jangan bt kerja byk kali. Start anak yg kedua dah pandai berdiri, kita mandikan je sama2. So kat situ dah jimat masa & tenaga. Bab makan pulak, Kita mmg selalu masak nasi lembik. Senang nak cerna. Sbbnya si abang ssh sangat nak minum air masak. Ada masa kena bg jugak nasi biasa. Cukup sekadar perkenalkan anak2 dgn tekstur makanan je. Sayur lenyek2 je. Kita biasa masak sup je. Untuk abg yang dah byk gigi tak payah lenyek.
Bab tidur pulak, arrange masa dorang. Make sure time bangun, tidur tgh hari semua sekali la. Tidurkan dalam keadaan yang sunyi. Simpan mainan, tutup bunyi / tv/ silence hp. Apa2 jelah yg mengganggu tu simpan dulu. Tidurkan tgh hari dan malam dlm suasana yg tenang dan selesa. Sampai lah time tidur dan bangun dah serasi. Gitew. Kalau nak senang lagi, jgn tidurkan anak2 tgh hari,
confirm malam tidur. Mcm ank2 kita mmg dua kali akan bangun utk susu. Dari baby smpai sekarang. Untungla mak2 yg anak tidur sepanjang mlm tu........

  • Segalanya lebih tersusun
-Ok ada anak rapat dan kecik2 ni. Banyak guna masa dan tenaga. Mcm kita nak jimat masa, masak nasi lembik atau bubur sebelum tidur. Guna slow cooker. So bila bgn2 pagi je dh siap dah. Bila bangun cuma masak sup atau goreng apa2 sbg tambahan. Kupas lah bwg siap2 bt stok, kalau nk lbh jimat masa, sblm tidur siap2 potong sayur, bwg, defrost bahan basah siap2. Esoknya tinggal campak2 je dlm periuk. Mudah kan!
Setiap kali basuh baju, lipat, asing siap2 baju duduk rumah, baju utk keluar.
TAPIIIIIIIII bila sampai kat En Asben, orang lelaki ni suka mencapai jer apa yang ada. Baju jalan dibuatnya baju duduk rumah. Lpstu makan comot, meninggalkan kotoran degil kat baju. Akhirnya baju jalan jadi lah baju duduk rmh pulakkkkk. Haih!

  • Susu & pampers
-Now anak2 share susu brand yg sama. Pampers pun pakai size dan brand yg sama. So bila keluar tu sng la. Nak jimat masa dan tenaga lagi, kita bancuh susu anak2 sblm tidur siap2, satu untuk minum sebelum tidur, satu lagi buat panas2 untuk standby. By the time anak2 tgh malam merengek nak susu susu pun dah ngam2 suam dan tinggal nk sumbat dlm mulut je. (susu yg dah dibancuh simpan dalam bottle warmer) Bila sorang anak bgn menyusu, kejutkan jgk lg sorang, bagi jugak susu. Makesure time tidur, last menyusu semua sama lah, Manage dan bajet masa anda ok.

Thats all for now. Nanti ada tips lagi kita share ok.


*TIPS - jangan pinggirkan anak yg pertama bila yg kedua lahir. Jangan bezakan anak2.
Buat aktiviti sama2. Boleh ajar anak yang lebih tua ambilkan pampers utk adik ke, pass kan botol susu ke, ajar share makanan dgn adik. Praktikkan apa saja aktiviti yg blh dibuat bersama.
Dr pagi tulis masuk tgh hari dah pn.

Dan bt pertama kalinya kite letak gambar anak2 dlm blog. Tgh lena diulit mimpi. Begini la keadaannya tiap2 malam. Kadang kita selit kat tgh2 tu sekali sekala kalau En Asben shift malam. Hehe. 


 

Aydan & Ariz