Monday, 17 March 2014

Anak lahir rapat. Macammana rasanya ehh?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat hari selasa uols.

Lama tak menulis. Biasalah kita sibuk membesarkan baby dalam perut. Apa lagi.. Hehe
Next month dah due dah. I is tak sabarrr :)

Ni nak cerita serba sikit apa yang dirasai sendiri mempunyai anak yang dilahirkan rapat rapat.
Memang tak disyorkan untuk ada anak rapat2. Sekurang2 nya kena jarak dalam 2 tahun kan. Tp apa boleh buat.. Diri sendiri tak blh nak merancang. Makan pil pn tak sesuai. Injection dan alat hormone lain pn tak sesuai. So En Asben jelah sorang2 kena merancang. Tp dia pn gagal ok! Fullstop.

Ok Meh tengok serba sedikit pengalaman membesarkan anak yang jarak sorang setahun ni.
  •  Jimat
-1st thing first is JIMAT. Hehe Dari  segi pakaian, barang mainan, alatan mandi, tempat tidur. Semua boleh disatukan. Ok mcmni contoh.. Kita beruntung sebab anak same gender. Since depa ni cuma selang setahun, so size badan pun ala2 lebih kurang jelah. Masing2 boleh share & tukar2 baju. Shower gel of course la blh share. So far anak takda masalah eczema. Syukurrr.
Bab mainan pulak mmg berbakul2 mainan. Itu pn blh main sama2. Kadang2 berlaku jugak perebutan tapi pandai2 la kita leraikan eh.
Contohnya kalau abg & adik berebut mainan yang sama, kita gantikan la mainan lain utk alih perhatian dorang. Atau beli la dua mainan yg sama tp berbeza colour ke. Sharing & bertolak ansur ni kne train dari kecil tau. Jangan menangkan abang ke adik ke. Bg kita la takda istilah abg kena sentiasa mengalah pada adik. Sbb serba sikit mesti anak tu akan kecik hati dan risau terbawa2 sampai ke dewasa pulak kan. Cukup la abang jadi pelindung pada adik2.

  • Berkawan baik
-Dari apa yang kita nampak sendiri kan, bila salah seorang yang tidur, mesti dorang akan sunyi. Macam Ariz akan saja kacau Aydan tidur. Suruh bangun. Ada masanya boleh main sama2, tidur sama2. Ada masanya bergaduh jugak sikit2. Kita kena lah monitor.

  • Membesar bersama
-Makan sama2, main sama, mandi sama, tidur sama. Semuanya sekali jalan. Jangan bt kerja byk kali. Start anak yg kedua dah pandai berdiri, kita mandikan je sama2. So kat situ dah jimat masa & tenaga. Bab makan pulak, Kita mmg selalu masak nasi lembik. Senang nak cerna. Sbbnya si abang ssh sangat nak minum air masak. Ada masa kena bg jugak nasi biasa. Cukup sekadar perkenalkan anak2 dgn tekstur makanan je. Sayur lenyek2 je. Kita biasa masak sup je. Untuk abg yang dah byk gigi tak payah lenyek.
Bab tidur pulak, arrange masa dorang. Make sure time bangun, tidur tgh hari semua sekali la. Tidurkan dalam keadaan yang sunyi. Simpan mainan, tutup bunyi / tv/ silence hp. Apa2 jelah yg mengganggu tu simpan dulu. Tidurkan tgh hari dan malam dlm suasana yg tenang dan selesa. Sampai lah time tidur dan bangun dah serasi. Gitew. Kalau nak senang lagi, jgn tidurkan anak2 tgh hari,
confirm malam tidur. Mcm ank2 kita mmg dua kali akan bangun utk susu. Dari baby smpai sekarang. Untungla mak2 yg anak tidur sepanjang mlm tu........

  • Segalanya lebih tersusun
-Ok ada anak rapat dan kecik2 ni. Banyak guna masa dan tenaga. Mcm kita nak jimat masa, masak nasi lembik atau bubur sebelum tidur. Guna slow cooker. So bila bgn2 pagi je dh siap dah. Bila bangun cuma masak sup atau goreng apa2 sbg tambahan. Kupas lah bwg siap2 bt stok, kalau nk lbh jimat masa, sblm tidur siap2 potong sayur, bwg, defrost bahan basah siap2. Esoknya tinggal campak2 je dlm periuk. Mudah kan!
Setiap kali basuh baju, lipat, asing siap2 baju duduk rumah, baju utk keluar.
TAPIIIIIIIII bila sampai kat En Asben, orang lelaki ni suka mencapai jer apa yang ada. Baju jalan dibuatnya baju duduk rumah. Lpstu makan comot, meninggalkan kotoran degil kat baju. Akhirnya baju jalan jadi lah baju duduk rmh pulakkkkk. Haih!

  • Susu & pampers
-Now anak2 share susu brand yg sama. Pampers pun pakai size dan brand yg sama. So bila keluar tu sng la. Nak jimat masa dan tenaga lagi, kita bancuh susu anak2 sblm tidur siap2, satu untuk minum sebelum tidur, satu lagi buat panas2 untuk standby. By the time anak2 tgh malam merengek nak susu susu pun dah ngam2 suam dan tinggal nk sumbat dlm mulut je. (susu yg dah dibancuh simpan dalam bottle warmer) Bila sorang anak bgn menyusu, kejutkan jgk lg sorang, bagi jugak susu. Makesure time tidur, last menyusu semua sama lah, Manage dan bajet masa anda ok.

Thats all for now. Nanti ada tips lagi kita share ok.


*TIPS - jangan pinggirkan anak yg pertama bila yg kedua lahir. Jangan bezakan anak2.
Buat aktiviti sama2. Boleh ajar anak yang lebih tua ambilkan pampers utk adik ke, pass kan botol susu ke, ajar share makanan dgn adik. Praktikkan apa saja aktiviti yg blh dibuat bersama.
Dr pagi tulis masuk tgh hari dah pn.

Dan bt pertama kalinya kite letak gambar anak2 dlm blog. Tgh lena diulit mimpi. Begini la keadaannya tiap2 malam. Kadang kita selit kat tgh2 tu sekali sekala kalau En Asben shift malam. Hehe. 


 

Aydan & Ariz

No comments:

Post a Comment