Sunday, 24 November 2013

Pengalaman Bersalin Anak Ke Dua

أسالاموعلايكوم 

Sesambil breakfast, kita nk cerita pngalaman bersalin kan anak no-2 pulak. Pagi2 ni memang takda mood nk buat kerja. Hehe Dh kenyang, godek itu ini barulah blh start keje.

Ok 2nd pregnancy ni overdue dua hari. Memang takda langsung tanda2 nk bersalin. So nurse advise kalau smpai due still tak ada tanda, tggu smpai next appointment lah. Makanya seminggu selepas due date itu lah. Punya lah beriye amik cuti seminggu awal dari due date. Ingatkan bersalin awal mcm yg baby first dulu rupa-rupanya.... Hmm

Siapa yg baca entry lepas, 1st pregnancy kita kena induce sbb leaking. Kena tahan wad 4 days. Hari ke-4 baru la bersalin. Bersamaan 36minggu 4hari.

Yang 2nd pregnancy, low blood pressure tak teruk sgt mcm yang 1st cuma sakit pinggang jelah sbb perut besar plus Aydan suka mintak dukung. Ditambah lagi jarak bersalin baby first dgn 2nd dekat. Setahun tiga bulan saja. So sakit pinggang tu terasa sangat.

Ikut due date  doc bagi 22 Nov 2012. Dalam masa seminggu before due tu kita pun sibuk tanya kakak apa tanda2 kalau dah nk bersalin semua lah. Untuk yang normal deliver without induce. Dan berbagai2 jenis mimpi jgk dtg menyinggah. Maybe sbb terlalu fikir sangat kot.

Sampai la hari sabtu, 24 Nov 2012.
Pagi tu bangun tidur mcm rasa sakit kat pinggang lain mcm spt hari2 yg sebelumnya. Ingat salah tidur sebab pinggang rasa mcm sakit terpeleot sikit la. Kita pun mengadu lah kat En Asben. Lpstu terus mencantikkan diri nak gi kenduri kahwin. Sempat lagi tu! Hee

Sepanjang perjalanan dari rumah ke destinasi yang dituju dah rasa perut lain macam dah. Kejap sakit kejap tak. Salah mkn agaknya.. Sedapkan hati sndiri. Semua orang dah siap, kita taknak lah spoil kan mood deyols. Selagi blh tahan kita pun tahan lah. Kaki ni dah mcm main break kaki menahan sakit perut. Sampai lah dekat rumah orang kahwin, terus ckp dekat mak kite, "Ma, rasa macam dah nak beranak la." dan mak kita pn dengan selamba jawab. "Haa beranak la kau". Sempoi gile kan jawapan! Terus amik tempat, duduk dengan MIL, Aydan & En Asben mkn. Tapi kita tak lalu nak makan. Kebetulan motor ice-cream lalu, beli lah ice-cream.. Huhu

Habis makan ice-cream masuk dalam rumah rehat kan diri kat sofa. Perut makin sakit ni. Sahhh la tu dah nak bersalin. Sebabnya sakit makin kerap. Call En Asben cakap nak balik. Tak sampai sejam pun kat situ terus cabut.. Semua org pandang2 kita. Malu uols.. Sbb nak terberanak kat majlis org. Sorry pengantin :p

On the way ke hospital tu, jln jem pulakkkk.. Alahaii janganlah bersalin dalam kereta. Takut jugak risikonya nanti. Tp alhamdulillah sempat sampai. Tu pun stuck jem dalam sejam lebih. Sampai2 je doc check bukaan dah 4cm. Fuhh! Terus tukar baju masuk labor room. Smpai labor room, ada pulak sorang doc pompuan ni check bukaan kita. Katanya baru 3stgh cm. Siap tanya kita samada blh tahan sakit lagi ke tak? Kita pun gatal cakap boleh.. Tak pasal2 kena tolak masuk ward pulak. So kena la tukar bj balik. Dah masuk ward, En Asben & lain2 pun masuk melawat.

Tak lama pun duduk dalam ward kita mengeliat2 tahan sakit. Nurse datang nak pasang CTG, kita pun ckp dah tak tahan sakit perut memang tak boleh duduk diam dah. So nurse pn check bukaan. rupanya dah 6cm. Makanya tukar baju lagi sekali. Terus ke labor room. Sampai labor room, nurse semua keluar, tiba2 air ketuban pecah.

Doc tu masuk nak check bukaan, rupanya dah 8cm. Baby nak terkeluar dah pun. Terus nurse pggl En Asben. Tak lama pn nk tunggu baby keluar. Kali ni no induce, tak kena gunting atau drip. Semuanya normal. Bersalin normal tak sesakit induce. Pukul 5.30ptg lahirlah Ariz Maliq. Alhamdulillah selamat & berjalan lancar. Doctor bagi En Asben potong kan tali pusat, tangkap gmbr baby yg baru keluar. Fresh from mommy womb. Lps dah azankan, En Asben pun keluar. Proses jahitan pun bermula. Kali ni baby besar tapi senang keluar. Maybe sbb byk berjln kot. Sakitnya tak sesakit yg pertama dulu. Lahir 3.81kg. :)

Proses jahitan makan masa sikit. Rasanya hampir 2jam jgk la. Sbb doc nya terlalu baik & lemah lembut. Kita pun siap request minta stop kejap bila terasa ngilu. Lpstu sambung jahit. Bius nya kat bahagian dlm je. So bahagian luar kulit mmg terasa sakitnya kena jahit.

Esoknya dah boleh discharge. 2nd baby ada nampak kuning sikit dekat mata. Bawa balik ke hospital check jaundice, dapat result doc cakap takda jaundice. Cuma proses biasa baby yang br lahir mengeluarkan bilirubin dlm badan. Ok lega. :) Sambung berpantang dgn tenang kat rmh.

Now 2nd baby dah 6month. Berat pun dah 10kg. Umur setahun nanti tak tau la bpe kg. Huhu.
Tak larat dah nk dukung.. Semangat! And baby no-2 ni mmg jarang demam, selsema batuk. Kalau ada pun kjp je. Sangat senang nak membesarkan dia. Tak banyak ragam pun.
Dulu bila dpt tau pregnant kali ke-2, rapat pulak tu, dlm hati takut sangat anak2 terabai. Tak cukup kasih sayang la apa la.. Makan pakai lagi.. Almaklumlah mommy & daddy masih muda. Baru mendirikan rumah tangga. Saving pn merangkak2 lagi.
Tapi syukur tuhan permudahkan. Tak ada apa yg susah smpai la alami nya sndiri. Stress tu biasa. Hehe. Maybe sbb jadi ibu bekerjaya, tak cukup tidur. Ada masa2 anak buat perangai.
Kena kuat semangat dan tabah la.

Now pregnant 3rd baby. Huhu bukan tak merancang tp gagal! :D
Lepas deliver 3rd baby ni kena lah pakai birth control. Bukan takut atau taknak beranak. Just nak focus membesarkan anak2 dan merancang masa dpn dgn sempurna.

Apa pun kita hanya mampu merancang tuhan juga yang menentukan. :)

Friday, 15 November 2013

Preparation for birthday Aydan & Ariz




Last time dah update dah sbnrnya psl entry ni tp lupa nk save dah tertekan close. Hmm


Now dah ada mood balik menulis. Mari la kite cerita psl persediaan harijadi Aydan & Ariz.

1st of course la kira budget, 2nd tempat, 3rd jemputan, 4th makanan & 5th goodies. Yg goodies tu bergantung la pada budget masing2.

Birthday Aydan jatuh pada bulan September, Birthday Ariz Nov. So by Sept tu baru start mencari tempat. Survey punya survey ingat nk buat kt Restoran Upin & Ipin. Minta quotation, kira budget. Bincang ngn En Asben. Katanya a bit pricey. Huhu. Memang pun. Tp kite degil nak jugak. Konon sbb ada mascot upin ipin & semua harga dah including makan, function room, kek & mascot. So datang bwk badan jelah. Tapi yg tak bestnya tak ada game utk kids. Tak best pulak kan. Then mintak advise kt kakak kite katanya mahal jugak. So survey lagi...

Terfikir pulak nak buat dalam dewan kecik je. Tak payah pikir kerusi meja semua. Cuma amik catering je & clown jer. Kebetulan dewan kecik pun mmg dah ada dekat kawasan rmh kite. Akan tetapi tak jadi jugaaaa sbbnya kalau buat dekat dewan, haruslah deco2 lagi.. iols kan over! Hehe! Of course nak yg terbaik utk anak-anak walaupun buat kecil kecilan kan.

Dari September survey.. Akhirnya jumpa jugak tempat yg sesuai. We're going to have a party at Kidzoona Aeon AU2. Yeay! Jangan confuse ok. Bukan Kidzania tau. Tak mampu kite nk sewa situ. Hwahwa! Harga di Kidzoona okay2 la. Ada mascot, party hat & activity for kids. Complimentary gift for birthday boy/girl pn hader. Best kan! Sewa disitu selama 2 hrs saja. After 2 hrs bayor sendiri. Makanan bawa sndiri. Deco2 dah boleh tolak tepi sbb tmpt tu mmg dah penuh mainan berwarna warni & selamat nak lepaskan anak2 bermain. Parents boleh la melantak dengan senang hati. Heee.

Jom tengok budget utk birthday Aydan & Ariz ni. Kalau boleh jimat kita jimatkan lagi yer. Hehe.

  • Kidzoona - Rm15/child (weekend) kite amik Sunday. Estimate dalam 30 org bdk tmasuk birthday boys.



  • Candy Buffet - Rm139 Beli voucher dari Mydeal.  



  • Cupcakes - Rm55 ada 32 biji. Beli kat Groupon. Cantik! 3d football cupcakes. Ni utk letak keliling kek je. Memeriahkan lagi kek. Hehe



  • Food label buat sendiri. Print color. Gigih la gunting satu2..




  • Cakes. Kite order buttercream cakes. Atas je fondant. Kek comel 1kg kg ada 2. Murah jgk kot dapat rm180 2kg saja. Including delivery charges rm30. Orgnya stay di rawang. Takut tak sempat nk amik. So kite bayar lah delivery charges tu. Hehe.




  • Catering dpt harga rm9 satu kepala. Okay kot sbb zmn skg ni semua catering harga rm10 ke atas. (gambar lupa nak amik)



  • Goodies mmg aku tak nak buat. Sorry. Hehe. Ok tak sabar nk tggu birthday dorang. Siap beli bj baru. Haha! Over excited kan. At the end of the day buat jugekk :p



Mana yg dapat invitation tu jemput la datang. Jangan tak jd datang uols rugi iols nanti. Huhu.
Yang tak dpt invitation tu sorry byk2. Celebrate kecil kecilan & very limited budget. Tapi nak jugak buat! :p

Inshaallah klau ada open house kite invite semua sahabat taulan. Klau takda pun jemputla raya nanti datang umah. Hehe Jgn kecik hati okay. :)

Mmwahhx 



Thursday, 26 September 2013

Cara Meneran Semasa Bersalin

Haa...

Dah jumpa pn cara2 nk meneran! So boleh la share utk mommy2 baru. Sharing is caring kan. Alalala :)

Doa Nabi Yunus kite ada amalkan masa contraction tu hari. Air akar Fatimah/ air selusuh tak minum. Bawak je. Standby. Hehe. Air zamzam sempat teguk. Tu pn sikit bt hilang haus sblm masuk labor room. Bknla kata tak percaya kat air selusuh. Setiap org fahaman dia berbeza kannnn. Tp tak salah pun kalau nak mencuba minum air selusuh / akar Fatimah tu. Tu kan petua org dolu2.Salah satu cara untuk mudah bersalin.

Ok First of all...Awal2 lagi kena mindset jangan angkat punggung. Takut koyak besaq oii!!

Nah selamat membaca uols ~

1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada

2. Mata pandang perut

3. Tangan pegang di pergelangan kaki atau pemegang katil. Masa memula beranak dlu fefeeling nk pegang tgn En Asben. Nurse tak bg srh pegang pgelangan kaki jugak. Spoil betul! Kalau pegang2 tgn sambil bertarung nyawa nk bersalin tu kan sweet.. Heee!

4. Semasa proses meneran, elakkan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan menyebabkan ibu tersebut kurang tenaga dan tidak kuat. Kite menangis je smpai takda keluar air mata dah. Haha! Yg 2nd bersalin dah steady sikit. Nangis jugak tp ikittttt2 jeee. Haha! 

5. Jangan sesekali mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan luka dan koyak yang besar di vagina.

6. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan teran seperti membuang air besar tanpa menghembus nafas semasa meneran. Teran sekuat yang terdaya dan selama yang boleh; curi nafas dan sambung meneran. Setiap kontraksi cuba sebanyak 3 kali. Teran semasa kontraksi kerana bayi anda turut bergerak sama. Ambil nafas dan kumpul tenaga semasa kurang kontraksi. Macam kite start contraction je teran sikit2. Takdalah teran beriye. Teran mcm nak popo tu bila dh 10cm. So far tak penah jadi kepala baby termasuk balik ke apa. Mmg nasib baik sgt. Kalau tak jenuh jgk nk teran banyak kali..

7. Amalkan membaca selawat dan doa Nabi Yunus. Sebaiknya suami membaca doa ini agar dapat memandu isteri mengikut bacaan suami kerana mungkin masa itu anda terlupa dek kerana menahan sakit.

8. Suami berilah kata-kata semangat buat isteri.


Selamat Berjuang Pada Semua Bakal Ibu

Monday, 23 September 2013

Kuning / Jaundice

Bismillahhirrohmanirrohim.

Tak berapa ada mood sebenarnya nk menulis tp sebab bosan yg melampau, marilah la kita cerita pasal pengalaman anak yang kena jaundice ni. Atau panggilan lain nya sakit kuning.

Sambung cerita lepas bersalin 15hb Sept 2011 tu kan. Keesokkan harinya dah boleh discharge dah. Alhamdulillah baby cukup sifat. Molek rupanya. Berat pn okay2 je. 2.86kg. Dilahirkan pada minggu ke 36 empat hari setengah. Hehe! very details kan :)

Dengan perasaan excited pertama kali bergelar mommy & daddy, kami pun pulang ke rumah. Yang paling gembira of course my MIL. Almaklum En Asben anak tunggal. Hehe.

Sejak ada baby ni, segalanya kena cepat. Mandi kena cpt. Makan kena cpt. Semuanya kena bt cpt2. Tp tak boleh lah lasak sangat sbb masih berjahit. Sakit tau. Jalan pun kena sopan santun, kepit jer. Time jahit haritu tu tak rasa apa pun. Siap tertidur2 sbb penat sgt meneran kot. Cuma ending nk matikan benang tu je tersedar sbb rasa ngilu sikit. Yelah kena bius pun bahagian dlm je tau. Fyi, bahagian luar takda bius. Mmg akan terasa sakit. Pengalaman kena jahit dalam sedar pernah rasa. Dalam tak sedar pn pernah rasa. Fuhh

Ish berjela pula ceritanya. Hehe sorry uols. Ok lepas dah 2 hari dekat rumah, nampak baby macam ada kuning sikit. Baby melalak je nampak gusi dia kuning lepas tu mata putih jadi kuning. Memang ketara sgt. Setahu kite, kalau baby baru lahir mmg dorang akan check samada ada kuning ke tak. Kalau ada mmg lepas bersalin tu kena tahan wad lagi la. Smpai kuning baby dah normal. Tapi mungkinlah kuning baby kite lambat naik. But its ok lah at least dpt duduk rumah walaupun 2hari dh cukup menggembirakan hati sndiri. Yelah admit haritu 5hari kat hospital oii. Nak muntah rasanya

MIL suruh bawa baby gi hospital. Tggu turn berejam2 itu adalah perkara biasa.. Huhu. Doc amik darah. So melalui darah deyols ni akan detect berapa tinggi tahap kuning baby.

Part ni mcm malu nk cerita la uols tapi sure semua perempuan pun lepas jadi ibu, akan cepat sensitive kan apatah lagi melibatkan anak. Iyeeee... psl baby amik darah je pun, meraung2 diri ini kat dlm bilik Menangis teresak2 uols. Haha! Tak sanggup nak dengar! Hmmm tapi tabahkan hati jelah. Mak bpk mmg tak dibenarkan masuk time amik darah baby tu. Tunggu lah 2jam keputusan darah. This is normal procedure bila pergi Government Hospital ya

After 2hours, kena panggil nama.. Mmg tinggi sangat tahap kuning baby 300+ jugak lah. Kalau sampai 400 mmg dh tahap kena tukar darah. Allahuakbar nasib baik lah pergi hospital cepat. Tak sanggup rasanya nk bertukar2 darah ni. Dah bacaan kuning tu tinggi, paham2 jelah kena masuk ward balik. Hari khamis bersalin. Jumaat keluar. Ahad masuk wad balik. Pheww

I is REDHA..........

Dengan jahitan masih baru sangat, kena batuk yang teruk. Setiap kali batuk terpaksa control. Batuk sampai hilang suara. Mental fizikal penat sangat! Baby pulak tak dibenarkan tidur sebelah katil. Kena asingkan dulu. Masuk NICU. Kita bermalam lah kat hospital balik. Ada jugak mommy yang ulang alik hospital. Its up to u.. samada nak bermalam di hospital atau ulang alik hospital

Baby diasingkan sampai la bacaan kuning dia di tahap selamat. Barulah boleh tidur sebelah katil mommy. Mula2 baby kena duduk bawah 6 lampu tuuu... Pakai pampers shj. Mata bertutup. Dgn kurusnya.. Alahaiii tak sanggup nak tengok. Menangis jelah kita.. Tktau pasal apa mommy sensitif sgt2. Sampai la seorang kakak ni tegur sbb tgk kite asyik menangis je..'dik kau baru lepas bersalin jgn nangis2 nanti meroyan'

Alamak! MEEEEEROYAN? Mintak simpang hoii

Ishhh mmg betul jgk ckp kakak tu. Start dari tu kite try control emosi. Huhu. Kadang2 En Asben call pun rasa nk nangis. Ntahpapentah kannn. Symptom bby blues ke apa ke.. Tak surelah.

Ok next sepanjang 5hari baby kena tahan wad. Mmg sadis sangat keadaan diri ini. Hee Org cakap tidur tak lena, mandi tak basah, makan pn tak kenyang. Dahlah baru lepas bersalin, kena la kerap jenguk baby. Berulang alik la dari bilik ke tempat baby. Sampai lah demam menggigil2. Berstokin, berselimut pn still menggigil2. Org kata kalau mcm tu bentan. Taktaulah. Maybe terlalu penat smpai jadi mcmtu. Memang langsung tak boleh pantang dengan sempurna bila duduk hospital. Tengah2 malam baby menangis, setiap dua jam nurse akan kejut suruh susukan baby. Mmg Doc galakkan breastfeed baby sekerap mungkin untuk kurangkan jaundice pada baby.

Bila duduk NICU tu, mcm2 baby ada dlm tu. Pramatang jangan ckp la. Lebih kurang 6-7 org. Kesian sgt keadaan baby tu semua. Kecik, lepastu kulit je semata2. Isi langsung takda. Susu kan pun guna tiub. Duduk dlm incubator. Mommy baby pramatang ni cuma boleh usap2 gitu jelah. Nak dukung ke cium ke mmg tak dpt la selagi baby masih blm cukup tempoh matang. Kesian kan! :|
Byk la benda dpt tengok bila duduk dlm tu. Syukurlah anak tak sakit teruk. Cuma jaundice jelah. Masih lagi boleh peluk cium, direct breastfeed walaupun tak dapat tidur sekali dengan baby.

Dah berbagai petua jugak kite try sepanjang baby kena jaundice. Dah jemur matahari pagi, bagi mandi air ubat cina seng sei, mandi air belimbing besi. Semua pun dah buat. Tapi tak turun jgk bacaan jaundice baby. Turun naik turun naik adalah. Apa yang kite baca, mommy yg berdarah jenis 'O' ni potential baby kena kuning mmg TINGGI. Yes mmg akan kena. Cuma teruk dgn tak je.
Org kata pemakanan masa mengandung pun salah satu factor juga baby kena jaundice. Wallahualam. Apa pun kepada preggy mommies, makan la makanan yg berkhasiat. Inshaallah khasiat tu sedikit sebanyak dpt jgk disalurkan kepada baby dalam perut.

So sepanjang 5 hari dekat hospital, tak putus asa la kite tanya mommies yg berpengalaman segala jenis petua utk hilangkan jaundice kat bby. Yang pertama semestinya susu ibu lah yg paling mujarab kan. Tapi time tu susu kite tak nak keluar lgsg. Bengkak! Mcm nak nangis rasanya. That time tak terpikir langsung nk standby breastpump siap2. Kat hospital ada breastpump tp dan2 time tu rosak pulak. Lagipun nk pakai yang hospital punya pun. Ummmmmmmmm mcm tak best la pulak kan. tak hygiene. tak confident dan sebagainya Haha! So gigih la marmet (klau tktau google. Jgn mls! haha!) Tuam2 bengkak susu dgn kain panas. Letak pulak air panas dlm botol susu, golek2 kat tempat yang bengkak. Keluar la jgk sikit2. Boleh lah dpt 2oz susu. Hari2 mcm tu. Hmm takkan nak bagi baby minum 2oz je kan? Mmg kelaparan la baby nanti. Kite pun ikhtiar la mcm mna nk bg baby kenyang.

Jumpa sister (ketua nurse) konon nak minta permission untuk balik, nak amik injection tambah susu. Lepas tu nurse tu pun tanya...
'mana awk tau awk takda susu?'
'Saya dah try pump, bagi baby direct feed pun susu tak keluar. Keluar sikit2 je. Anak saya dah menangis2 mcm tak cukup susu.'
'Awak duduk amik baby awk. Sy ajar awak bf (breastfeed) dengan betul.'

Cara2 nanti uols google atau direct jumpa dgn nurse / doctor jelah eh. Nk terangkan takut tersalah bagi ilmu. Benda ni kne ajar depan mata. Kalau nk tulis gitu2 je mmg ssh la. Pandai2 la uols ehh. Hehe. Apa2 pun terima kasih la pada sister tu. Mula2 memang akan pedih / sakit sikit. Tapi bagi je kat baby. Sebabnya air liur baby tu lah yg akan stimulate susu kite utk keluar. Kalau dh smpai tahap berdarah tu, better jgn bg la. Tanya doc/nurse macam mna nk buat. Macam kes kite ni cuma melecet je. Mcm nak nangis menahan pedih. (sikit2 nangis. sikit2 nak nangis! bosannn! haha!)

Keesokkan harinya baju habis basah. Susu meleleh2 keluar. Alhamdulillah syukur. Memang puas sangat baby minum. Smpai tersedak2 sebab susu byk sgt. Of course mommy is happy :)
Sepanjang kt NICU tu kuning baby still turun naik.

Hari ke-4 kat hospital, baby dah boleh tidur sebelah katil. Masih lagi kena jemur bawah lampu. Tapi senangla sikit nak mandikan baby, susukan semua lah.
Opss! Hari ke-3 lupa nk cerita.. Terskip terus hari ke-4 pulak. Hari ke-3 tu ada kawan baru kt situ suggest bagi baby yang kena jaundice ni anggur hitam. Yang takda biji tu.
So far turun jgk la bacaan jaundice baby. Naik pun cuma sikittttt je.

Sesambil breastfeed baby, sesambil bagi anggur hitam, alhamdulillah hari ke-5 discharge. Masih lagi ada jaundice. Tapi dah tahap tidak bahaya. Bacaan dalam seratus lebih mcm tu. Doc bg keluar dgn syarat aku kena continue check up kat KK klinik kerajaan pulak. Memang kena monitor jaundice baby ni walaupun dah discharge. Haih! dugaan sungguh anak pertama ni.

23hb Sept 2011, Seronok betul bila dpt balik rumah. Baby tak dibenarkan tidur dlm keadaan gelap. Lampu kena sentiasa buka je. Bila dalam keadaan gelap, tahap bilirubin dalam badan baby akan meningkat. So tidur la kami semua dlm keadaan terang.. Tewtewtew

Esoknya ke Klang. Berpantang disana. Mama pun ada sana. Boleh la tolong2 apa yg patut kan. First time mommy katakan.. Harusla diberi perhatian gitu. Bagaikan puteri sgt. :) Makan minum org sediakan. Mandi air panas. Pagi2 berurut. Bertungku. Baby mama & kakak mandikan. Bahagia kejap rasa. Hehe! En Asben cuti 2 minggu tolong jaga baby sekali. Tapi kesian En Asben kena tdo dlm keadaan panas jugak. Almaklum la org pantang mana boleh sejuk2. Tak pakai stokin pun mama dah menjerit macam halilintar.

Esoknya 26hb Sept 2011, sambung check up dekat kk pulak. Bacaan jaundice baby masih lagi 100+. Naik lagi? Haihh! Penat oiii.. Bila nak habis ni. Huhu



Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ~




Pening... So continue la bagi anggur hitam tu kat baby. Pagi2 dah bagi baby perahan air anggur. Entah sakit perut ke apa ke.. Sukati je kan. Haha! kejam!

Dalam masa seminggu, ulang alik check darah masih lagi turun naik. Allahhh penatnya tuhan je yg tau. Setiap hari kena datang klinik selama seminggu, then selang 2 hari sekali pulak. Sampai lah kena refer balik ke hospital. Again!!!!!!!!!!???? Argh!.

KK bagi tu pn bg reference letter, berangkut lah lagi ke hospital. Doc pun pelik kenapa bacaan anak turun naik. Danggg! Kali ni bukan check darah tapi nk check air kencing pulak. Doc nak amik sample air kencing fresh dari pundi kencing ok. So kena inject direct kt bahagian atas bebird tulah.
Meraung baby! Kite duduk dalam bilik menyusu pn boleh dengar. Memang sedih sangat! En Asben jelah tunggu depan pintu bilik Doc. Kite mmg awal2 lagi tak sanggup nk dgr baby nangis. Tq kak tlg bawa gi hospital time ni :)

Doc practical yang ambil sampel tu, then dia cakap tak dpt nk amik fresh urine tu. So kena inject lagi sekali. NO WAY! Mmg tak bg doc inject lagi sekali. Bygkan la. Klau kita yg dewasa ni pn rasa sakit apatah lagi baby tu. Sensitive area pulak tu! tetibe datang doc pakar, dia la tlg dptkan sample baby. Tak payah cucuk pun oi. Guna tiub je. Terus keluar air kencing! Baby nangis kejap jelah. Lpstu ok je. Tak tau lah kenapa dari mula tak bt mcmtu. Then boleh balik, tggu result dalam masa beberapa hari.

Ok result dah dapat. Baby takda sakit apa pun. Cuma kena prolonged jaundice je. Mommy tak boleh makan makanan yg berasaskan halia atau lada hitam. Tak boleh makan jamu. Air periuk dan sebagainya bt sementara waktu. Elakkan semua tu smpai la kuning baby betul2 turun. Ok now i know... no wonder kuning baby turun naik. Dekat sebln jugak ulang alik KK. Smpai En Asben habis cuti. Dari hari2 check up dekat KK, selang dua hari sekali, selang tiga hari sekali, refer ke hospital lagi sekali. Finally and alhamdulillah turun jgk akhirnya....
Dugaan betul anak kne prolonged jaundice.

Nsb baik la baby no dua kne kuning kejappppppppp je. Kalau kena prolonged jaundice lagi, nampaknya sepuluh tahun lagi baru ada next baby kot. Huhu Bkn trauma bersalin tapi trauma pengalaman mcmni lah. Penatnya tuhan je yg tau.

Semoga bila besar nanti anak2 mommy jadi orang yg berguna dunia akhirat. Inshaallah. Penat dh nak type pjg2. 

Nahh tepek gambar baby masa kena jaundice :)




Saturday, 14 September 2013

Selamat Ulangtahun Ke Dua Muhd Aydan Mikhail

Bismillahirrohmanirahim..

Disebabkan kite terlebih rajin harini. So berjinak-jinak la bt blog balik. Yg dulu tak ingat dah apa nama ntah.

Alkisahnya nk cerita pengalaman bersalin. Blh la simpan bt kenangan. Selagi pengalaman tu mommy masih ingat. Sejak lepas2 beranak ni, mmg pelupa sgt. Tak tau la pasaipa. Faktor urat byk putus ke apa ke. Kurang pasti lah. Hmmm

Ok faktor pelupa tu kemudian la cerite ye. Teruskan dgn tujuan asl ~

Esok genaplah dua tahun umur ank bujang yg sulung Aydan Mikhail. Cepat btl masa berjalan. Mcm2 perangai dh skrg. Harapnya bila besar Aydan jadi lah seorang yg berguna utk agama, bangsa dan negara yer syg.. Klise sgt ucapan kan? Hehe. Pengalaman bersalinkan Aydan la yg plg tak blh lupakan. Mungkin sbb first baby, langsung takda pengalaman. So sakit dia Ya Allah mmg tak tertanggung. Walaupn skrg dh mgandungkan yg ketiga. Huhu! Cerita beriye mcm trauma konon. :p Tp mmg berbeza sgt bersalinkan Aydan dan Ayish. Yg third ni tktau la. Harap2 segalanya dipermudahkan.

Kite terus start dgn date ok. Sorry tak pandai nak berbahasa basi.  Saja je pn gatai nk tulis blog ni.
12 Sept 2011, pergi petronas dgn en asben. Nk gi bank in sepatutnya. Mmg hobi suka beli brg online sjk lepas2 kawin ni. Hehe Almaklumla nk keluar skrg dh tk blh sesuka hati mcm dedulu. Daddy time tu kje mlm. Masuk kerja 12mlm, gigihla melynkan karenah mak buyung yg sarat mengandung ni. Pukul 11mlm trn kete trsla ke cash deposit machine beratur. Elok je smpai turn kite, tetiba rasa air panas laju je mengalir keluar kat kaki.  Cuba jgk thn, ingtkn terkencing dlm seluar ke apa. Hikhik Mmg tak berjaya thn! Laju jeee mengalir. Mmg panic sangat! Rasa nk nangis semua ada! Time tu ada sorang laki dgn sorang pompuan beratur kt blkg. Dgn muka nak nangis selamba je suruh makcik blkg panggil laki kite yg tgh tggu dalam kete. Mmg panic & lawak jgk la klau ingat blk! Hikhik siap ckp dekat makcik tu 'acik tlg pgglkan suami sy air ketuban saya pecah!' Selamba je kan suruh2 org lain. Tp makcik tu pun panic jugak.. Dok tnya aku yg mana, yg mana. Haha! Slh aku jgk kan tk bgtau yg mana. Dua2 pun panic!

Then baru lah teringat hp kat dalam bag, terus call......
'Sayang, air ketuban org pecah.'
'Huh!? Tggu jap syg dtg.' 
Jarak kete dgn pintu petronas tk jauh mana pun. So tkda la terkial2 tggu situ lama2. Dengan muka tahan malu, tahan nangis. Panik lagi. En asben pun papah la keluar mcm org sakit walaupun ikutkan blh je jln keluar macam biasa. Hakhakhak! Then dalam kereta call kakak, dia siap gelakkan lagi sbb kejadian air ketuban pecah. Kerek kan org tgh panik dia blh gelakkan pulak!! Ciss

Kakak pun advise srh balik, mandi, siap2 lpstu trs ke hospital. Bag mmg dh packing awal2 masa Aydan 8 bulan dlm perut lg. Lepas mandi kteorg pn trs ke hospital. En Asben trs tak gi kerja. Yelah bini nak terberanak takkan nk drop kt hospital lpstu gi keje kan.. Mmg seumur hidup kne brainwash la nnt. Wahaha! Kejam sgt!
Ok sampai kt hsptl ampang, kena admit. Doc check air ketuban kurang ke tak, lpstu kne check pula guna mulut itik tu. Ala pakai alat mcm org bt ujian pap smear tu la. (tktau apa nama dia. sorry) Sakit woiii! Mmg sakit! Apakan daya. Mmg procedure nye begitu.

Kite pun suruh la En Asben balik dlu. Biasanya lepas pecah air ketuban dalam masa 24jam akan rasa sakit contraction. Semalaman la dok hsptl. Semua org msg, tnya dah bersalin ke blm. Padahal sikit pn tak terasa sakit. Sakit nak popo pun takda. Haha! Dan berlalu la 24jam tersebut. Disebabkan takda rasa sakit lgsg, diri ini pun kena induce. Lalu masuklah ubat pertama.............

According to Doc, kena tggu 6jam dulu kalau takda sakit or effect apa2 masukkan ubat kedua.
Duhh mmg ubat pertama & kedua tak ada effect. Entah lah badan ni..
Si Aydan ni pun kemain lasak jer dlm perut smpai terkeluar air ketuban! Hmm bila check ok je. Pergerakan baby semua ok. Aktif mcm biasa. Takda lgsg menunjukkan tanda2 nak bersalin. Mmg lah saja Aydan niii nk bt mommy ngn daddy panik. Haih ank bertuah! Tak memasal mommy kena induce tiga kali..
Mereput lah mommy kat hospital dari 12 Sept - 15hb Sept. Asyik lah kne pggl 2x siang & ptg. Nk cek bukaan. Balik2 3cm sajor.

Tapi kan lepas masuk ubat ketiga start rasa senak sikit, memulas2 jer perut. Tp masih blh di tahan lagi.. Lpstu trn darah. Mcm period hari ketiga keempat cmtu la. Ada jugak kwn2 dtg melawat kt hospital ingt dh bersalin. At the same time mcm2 jgk terfikir dlm kepala ni.. Kenapa la lambat sgt nak bersalin ni.. Kenapa lah ssh sgt nk buka jalan..
Doc & nurse advise suruh byk berjalan. Pusing la ke hulu ke hilir konon bg jalan terbuka. Siap msg En Asben dari hati ke hati.. Hihi kononnya tnya kenapa kita ssh nk bsalin ni? Ada apa2 slh ke En Asben tak maafkan?. Hehe

Ikut due Aydan 3 Oct 2011. Tapi terawal 2weeks mcm tu. Mula2 tu siap request kat doc, blh tak kalau takda apa2 sy balik dlu? Nnt kalau sakit sy dtg balik. Hikhik! Mmg takkkkkk la kan doc nk bg balik. Suke hati je kan!! :p

Sampai la pagi 15 Sept 2011. Breakfast mcm biasa. Lps breakfast Doc dtg check bersama konco2nya. Haha! Doc pulak yg pelik npe lama sgt kite kena tahan. Aikk? Kite lg lah tktau apa2 kan. Katanya Doc septtnya kite dah bersalin semalam, 14 Sept. Then Doc tu pn trs call labor room tnya kenapa nama kita still tak pggl lagi. Katanya smlm labour room penuh. Blh pulak mcmtu kannn... Nsb baik tak sakit sgt. So relax jela kat bilik.

Lepas Doc call labor room pagi tu trs kena tukar bj untuk masuk bilik operate. Yang tak tahan sempat touch up lagi dalam toilet. Sempat lagi... Hee. 10am kena tolak masuk labor room. Hp je sempat capai. Barang lain tak sempat nak kemas. Nurse bg ubat lawas popo siap2, 2x keluar masuk toilet. Msg En Asben cakap nk masuk labor room dah. En Asben pun siap pesan ckp kt Aydan dlm perut, jangan keluar dlu tggu smpai Daddy sampai. Hmm yelahhhhh Aydan mmg dgr ckp daddy pun -,-'

Masuk labor room kena drip kat tangan. Lpstu doc pecahkan air ketuban. Tak lama lpstu start la contraction........................

Allahuakbar sakitnya mmg tak boleh nak digambarkan. Menangislah sorang2 dlm tu. Pusing kiri kanan serba tak kena tp tak boleh byk pusing sgt sbb alat CTG utk monitor pergerakan baby tu dah ikat kat perut. Makin kuat contraction, maknanya baby nk keluar la tu.. Menangis2 kite ckp sakit2.. Huhu. Lpstu nurse bg injection tahan sakit kt peha. Tapi still tak kurang pun sakitnya. Mengantuk ada la. Nurse suruh sedut pulak mende alah oksigen kt tepi katil tu. Tak rasa apa pun. Mengantuk je. Sakit tak kurang pun. Terlelap2 la kjp. Setiap kali contraction dtg, merengkut2 (eh btl ke ayt ni? hihi) badan mcm udang kena bakar.
Then Doc check bukaan, katanya dh 5cm. Time tu dah 11.30pg.

Sepanjang dua jam menahan contraction tu pusing sana sini menahan sakit. Sampai tercabut jarum kat tangan. Terpercik habis darah atas katil. Kena muka sikit. Huhu! tp dah tak peduli dah sbb sakit contraction tu lg sakit dr segala sakit di dunia. Dan padan la muka diri sendiri kena cucuk lagi sekali. Dahla jarum besar.. Ishh.. Mmg sakit sangat! Nurse check, bukaan dah 8cm.. Dh start teran sikit2. Alhamdulillah sakit tak lama mcm org lain. Sehari suntuk/semalaman sakit contraction. Kite sakit contraction dalam 2jam mcm tu je. Tapi sakitnya ya amatttt! Sakit induce pnh rasa. Yg tak induce pn pernah rasa. Yg tak induce pnya pengalaman tggu next entry ok. Hehe. Inshaallah. Tggu mood rajin.

Dannnnnnnnn masa pn berlalu.
Pukul 10 pagi masuk labour room, drip water, pecah air ketuban, inject painkiller kat peha. (walau hakikatnya tak mengurangkan rasa sakit)
Dari 5cm ke 8cm ke 10cm.. Masa bukaan 5cm tu dh mintak nurse pggl En Asben masuk. Tapi katanya kena tunggu 10cm baru boleh pggl. Hmmm bab ni mmg tak puas hati.. Org tgh menahan sakit bertarung nyawa. Apa la salahnya bg En Asben masuk. At least dptlah bg moral support sikit.
Nak ku maki tak berdaya..Huh tahan sakit jelah smbil air mata bercucuran. :D
Selang beberapa minit jer pun dari 5cm nak ke 10cm tu. Barulah deyols kelam kabut nak pggl En Asben masuk.

Doc and nurse sempat ajar cara2 nak teran. Angkat kepala tgk perut sambil teran. Tengah sakit2, Doc gunting sikit tang tu bg memudahkan bayi keluar.. di cucuknya lagi sekali painkiller kt peha. Doc gunting tang tu, cucuk kt peha semua mmg tak rasa apa dah. Yelah contraction tu lg sakit kot! Mmg sakit sangat2 kat pinggang. Rasa mcm pinggang tu patah seribu je.. Over tak tp serius sakit!

Alhamdulillah. Syukur padamu Ya Allah.
Tepat pukul 12.42 tengahari, hari khamis, 15 Sept 2015. Lahirlah Aydan Mikhail ke dunia.
Keluar2 je tak menangis pun! Mata terbeliak, lpstu tgk keliling, tepuk tot dia, barulah nangis. Doc letak Aydan atas dada Mommy. Skin to skin contact gitew. Terus berhenti nangis. Mommy menangis tapi dah takda keluar airmata dah. Huhu En Asben pn nangis. Taktau la nangis pasaipa. Haha! Kiss dahi ciked sambil ucap syukur & terima kasih sbb lahirkan zuriat dia. sweet moment sgt :)

Syukur semuanya selamat.. Nanti story bab kena jaundice pulak yer.
Ok tak boleh mengadap pc lelama. Anak dh meraung.

Assalamualaikum.