Dah jumpa pn cara2 nk meneran! So boleh la share utk mommy2 baru. Sharing is caring kan. Alalala :)
Doa Nabi Yunus kite ada amalkan masa contraction tu hari. Air akar Fatimah/ air selusuh tak minum. Bawak je. Standby. Hehe. Air zamzam sempat teguk. Tu pn sikit bt hilang haus sblm masuk labor room. Bknla kata tak percaya kat air selusuh. Setiap org fahaman dia berbeza kannnn. Tp tak salah pun kalau nak mencuba minum air selusuh / akar Fatimah tu. Tu kan petua org dolu2.Salah satu cara untuk mudah bersalin.
Ok First of all...Awal2 lagi kena mindset jangan angkat punggung. Takut koyak besaq oii!!
Nah selamat membaca uols ~
1. Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada
2. Mata pandang perut
3. Tangan pegang di pergelangan kaki atau pemegang katil. Masa memula beranak dlu fefeeling nk pegang tgn En Asben. Nurse tak bg srh pegang pgelangan kaki jugak. Spoil betul! Kalau pegang2 tgn sambil bertarung nyawa nk bersalin tu kan sweet.. Heee!
4. Semasa proses meneran, elakkan mengeluarkan suara atau menangis kerana ini akan menyebabkan ibu tersebut kurang tenaga dan tidak kuat. Kite menangis je smpai takda keluar air mata dah. Haha! Yg 2nd bersalin dah steady sikit. Nangis jugak tp ikittttt2 jeee. Haha!
5. Jangan sesekali mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan luka dan koyak yang besar di vagina.
6. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan teran seperti membuang air besar tanpa menghembus nafas semasa meneran. Teran sekuat yang terdaya dan selama yang boleh; curi nafas dan sambung meneran. Setiap kontraksi cuba sebanyak 3 kali. Teran semasa kontraksi kerana bayi anda turut bergerak sama. Ambil nafas dan kumpul tenaga semasa kurang kontraksi. Macam kite start contraction je teran sikit2. Takdalah teran beriye. Teran mcm nak popo tu bila dh 10cm. So far tak penah jadi kepala baby termasuk balik ke apa. Mmg nasib baik sgt. Kalau tak jenuh jgk nk teran banyak kali..
7. Amalkan membaca selawat dan doa Nabi Yunus. Sebaiknya suami membaca doa ini agar dapat memandu isteri mengikut bacaan suami kerana mungkin masa itu anda terlupa dek kerana menahan sakit.
8. Suami berilah kata-kata semangat buat isteri.
Selamat Berjuang Pada Semua Bakal Ibu
No comments:
Post a Comment