Bismillahhirrohmanirrohim.
Tak berapa ada mood sebenarnya nk menulis tp sebab bosan yg melampau, marilah la kita cerita pasal pengalaman anak yang kena jaundice ni. Atau panggilan lain nya sakit kuning.
Sambung cerita lepas bersalin 15hb Sept 2011 tu kan. Keesokkan harinya dah boleh discharge dah. Alhamdulillah baby cukup sifat. Molek rupanya. Berat pn okay2 je. 2.86kg. Dilahirkan pada minggu ke 36 empat hari setengah. Hehe!
very details kan :)
Dengan perasaan excited pertama kali bergelar mommy & daddy, kami pun pulang ke rumah. Yang paling gembira of course my MIL. Almaklum En Asben anak tunggal. Hehe.
Sejak ada baby ni, segalanya kena cepat. Mandi kena cpt. Makan kena cpt. Semuanya kena bt cpt2. Tp tak boleh lah lasak sangat sbb masih berjahit. Sakit tau. Jalan pun kena sopan santun, kepit jer. Time jahit haritu tu tak rasa apa pun. Siap tertidur2 sbb penat sgt meneran kot. Cuma ending nk matikan benang tu je tersedar sbb rasa ngilu sikit. Yelah kena bius pun bahagian dlm je tau. Fyi, bahagian luar takda bius. Mmg akan terasa sakit. Pengalaman kena jahit dalam sedar pernah rasa. Dalam tak sedar pn pernah rasa. Fuhh
Ish berjela pula ceritanya. Hehe sorry uols. Ok lepas dah 2 hari dekat rumah, nampak baby macam ada kuning sikit. Baby melalak je nampak gusi dia kuning lepas tu mata putih jadi kuning. Memang ketara sgt. Setahu kite, kalau baby baru lahir mmg dorang akan check samada ada kuning ke tak. Kalau ada mmg lepas bersalin tu kena tahan wad lagi la. Smpai kuning baby dah normal. Tapi mungkinlah kuning baby kite lambat naik. But its ok lah at least dpt duduk rumah walaupun 2hari dh cukup menggembirakan hati sndiri.
Yelah admit haritu 5hari kat hospital oii. Nak muntah rasanya
MIL suruh bawa baby gi hospital. Tggu turn
berejam2 itu adalah perkara biasa.. Huhu. Doc amik darah. So melalui darah deyols ni akan detect berapa tinggi tahap kuning baby.
Part ni mcm malu nk cerita la uols tapi sure semua perempuan pun lepas jadi ibu, akan cepat sensitive kan apatah lagi melibatkan anak. Iyeeee... psl baby amik darah je pun, meraung2 diri ini kat dlm bilik Menangis teresak2 uols. Haha! Tak sanggup nak dengar! Hmmm tapi tabahkan hati jelah. Mak bpk mmg tak dibenarkan masuk time amik darah baby tu. Tunggu lah 2jam keputusan darah.
This is normal procedure bila pergi Government Hospital ya
After 2hours, kena panggil nama.. Mmg tinggi sangat tahap kuning baby 300+ jugak lah. Kalau sampai 400 mmg dh tahap kena tukar darah. Allahuakbar nasib baik lah pergi hospital cepat. Tak sanggup rasanya nk bertukar2 darah ni. Dah bacaan kuning tu tinggi, paham2 jelah kena masuk ward balik.
Hari khamis bersalin. Jumaat keluar. Ahad masuk wad balik. Pheww
I is REDHA..........
Dengan jahitan masih baru sangat, kena batuk yang teruk. Setiap kali batuk terpaksa control. Batuk sampai hilang suara. Mental fizikal penat sangat! Baby pulak tak dibenarkan tidur sebelah katil. Kena asingkan dulu. Masuk NICU. Kita bermalam lah kat hospital balik. Ada jugak mommy yang ulang alik hospital.
Its up to u.. samada nak bermalam di hospital atau ulang alik hospital
Baby diasingkan sampai la bacaan kuning dia di tahap selamat. Barulah boleh tidur sebelah katil mommy. Mula2 baby kena duduk bawah 6 lampu tuuu... Pakai pampers shj. Mata bertutup. Dgn kurusnya.. Alahaiii tak sanggup nak tengok. Menangis jelah kita.. Tktau pasal apa mommy sensitif sgt2. Sampai la seorang kakak ni tegur sbb tgk kite asyik menangis je..
'dik kau baru lepas bersalin jgn nangis2 nanti meroyan'
Alamak! MEEEEEROYAN? Mintak simpang hoii
Ishhh mmg betul jgk ckp kakak tu. Start dari tu kite try control emosi. Huhu. Kadang2 En Asben call pun rasa nk nangis. Ntahpapentah kannn. Symptom bby blues ke apa ke.. Tak surelah.
Ok next sepanjang 5hari baby kena tahan wad. Mmg sadis sangat keadaan diri ini. Hee Org cakap tidur tak lena, mandi tak basah, makan pn tak kenyang. Dahlah baru lepas bersalin, kena la kerap jenguk baby. Berulang alik la dari bilik ke tempat baby. Sampai lah demam menggigil2. Berstokin, berselimut pn still menggigil2. Org kata kalau mcm tu
bentan. Taktaulah. Maybe terlalu penat smpai jadi mcmtu. Memang langsung tak boleh pantang dengan sempurna bila duduk hospital. Tengah2 malam baby menangis, setiap dua jam nurse akan kejut suruh susukan baby. Mmg Doc galakkan breastfeed baby sekerap mungkin untuk kurangkan jaundice pada baby.
Bila duduk NICU tu, mcm2 baby ada dlm tu. Pramatang jangan ckp la. Lebih kurang 6-7 org. Kesian sgt keadaan baby tu semua. Kecik, lepastu kulit je semata2. Isi langsung takda. Susu kan pun guna tiub. Duduk dlm incubator. Mommy baby pramatang ni cuma boleh usap2 gitu jelah. Nak dukung ke cium ke mmg tak dpt la selagi baby masih blm cukup tempoh matang. Kesian kan! :|
Byk la benda dpt tengok bila duduk dlm tu. Syukurlah anak tak sakit teruk. Cuma jaundice jelah. Masih lagi boleh peluk cium, direct breastfeed walaupun tak dapat tidur sekali dengan baby.
Dah berbagai petua jugak kite try sepanjang baby kena jaundice. Dah jemur matahari pagi, bagi mandi air ubat cina
seng sei, mandi air belimbing besi. Semua pun dah buat. Tapi tak turun jgk bacaan jaundice baby. Turun naik turun naik adalah. Apa yang kite baca, mommy yg berdarah jenis 'O' ni potential baby kena kuning mmg
TINGGI. Yes mmg akan kena. Cuma teruk dgn tak je.
Org kata pemakanan masa mengandung pun salah satu factor juga baby kena jaundice. Wallahualam. Apa pun kepada preggy mommies, makan la makanan yg berkhasiat. Inshaallah khasiat tu sedikit sebanyak dpt jgk disalurkan kepada baby dalam perut.
So sepanjang 5 hari dekat hospital, tak putus asa la kite tanya mommies yg berpengalaman segala jenis petua utk hilangkan jaundice kat bby. Yang pertama semestinya susu ibu lah yg paling mujarab kan. Tapi time tu susu kite tak nak keluar lgsg. Bengkak! Mcm nak nangis rasanya. That time tak terpikir langsung nk standby breastpump siap2. Kat hospital ada breastpump tp dan2 time tu rosak pulak. Lagipun nk pakai yang hospital punya pun. Ummmmmmmmm mcm tak best la pulak kan.
tak hygiene. tak confident dan sebagainya Haha! So gigih la marmet
(klau tktau google. Jgn mls! haha!) Tuam2 bengkak susu dgn kain panas. Letak pulak air panas dlm botol susu, golek2 kat tempat yang bengkak. Keluar la jgk sikit2. Boleh lah dpt 2oz susu. Hari2 mcm tu. Hmm takkan nak bagi baby minum 2oz je kan? Mmg kelaparan la baby nanti. Kite pun ikhtiar la mcm mna nk bg baby kenyang.
Jumpa
sister (ketua nurse) konon nak minta permission untuk balik, nak amik injection tambah susu. Lepas tu nurse tu pun tanya...
'mana awk tau awk takda susu?'
'Saya dah try pump, bagi baby direct feed pun susu tak keluar. Keluar sikit2 je. Anak saya dah menangis2 mcm tak cukup susu.'
'Awak duduk amik baby awk. Sy ajar awak bf (breastfeed) dengan betul.'
Cara2 nanti uols google atau direct jumpa dgn nurse / doctor jelah eh. Nk terangkan takut tersalah bagi ilmu. Benda ni kne ajar depan mata. Kalau nk tulis gitu2 je mmg ssh la. Pandai2 la uols ehh. Hehe. Apa2 pun terima kasih la pada
sister tu. Mula2 memang akan pedih / sakit sikit. Tapi bagi je kat baby. Sebabnya air liur baby tu lah yg akan stimulate susu kite utk keluar. Kalau dh smpai tahap berdarah tu, better jgn bg la. Tanya doc/nurse macam mna nk buat. Macam kes kite ni cuma melecet je. Mcm nak nangis menahan pedih.
(sikit2 nangis. sikit2 nak nangis! bosannn! haha!)
Keesokkan harinya baju habis basah. Susu meleleh2 keluar. Alhamdulillah syukur. Memang puas sangat baby minum. Smpai tersedak2 sebab susu byk sgt. Of course mommy is happy :)
Sepanjang kt NICU tu kuning baby still turun naik.
Hari ke-4 kat hospital, baby dah boleh tidur sebelah katil. Masih lagi kena jemur bawah lampu. Tapi senangla sikit nak mandikan baby, susukan semua lah.
Opss! Hari ke-3 lupa nk cerita.. Terskip terus hari ke-4 pulak. Hari ke-3 tu ada kawan baru kt situ suggest bagi baby yang kena jaundice ni anggur hitam. Yang takda biji tu.
So far turun jgk la bacaan jaundice baby. Naik pun cuma sikittttt je.
Sesambil breastfeed baby, sesambil bagi anggur hitam, alhamdulillah hari ke-5 discharge. Masih lagi ada jaundice. Tapi dah tahap tidak bahaya. Bacaan dalam seratus lebih mcm tu. Doc bg keluar dgn syarat aku kena continue check up kat KK
klinik kerajaan pulak. Memang kena monitor jaundice baby ni walaupun dah discharge. Haih! dugaan sungguh anak pertama ni.
23hb Sept 2011, Seronok betul bila dpt balik rumah. Baby tak dibenarkan tidur dlm keadaan gelap. Lampu kena sentiasa buka je. Bila dalam keadaan gelap, tahap
bilirubin dalam badan baby akan meningkat. So tidur la kami semua dlm keadaan terang..
Tewtewtew
Esoknya ke Klang. Berpantang disana. Mama pun ada sana. Boleh la tolong2 apa yg patut kan. First time mommy katakan.. Harusla diberi perhatian gitu. Bagaikan puteri sgt. :) Makan minum org sediakan. Mandi air panas. Pagi2 berurut. Bertungku. Baby mama & kakak mandikan. Bahagia kejap rasa. Hehe! En Asben cuti 2 minggu tolong jaga baby sekali. Tapi kesian En Asben kena tdo dlm keadaan panas jugak. Almaklum la org pantang mana boleh sejuk2. Tak pakai stokin pun mama dah menjerit macam halilintar.
Esoknya 26hb Sept 2011, sambung check up dekat kk pulak. Bacaan jaundice baby masih lagi 100+. Naik lagi? Haihh! Penat oiii.. Bila nak habis ni. Huhu
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ~
Pening... So continue la bagi anggur hitam tu kat baby. Pagi2 dah bagi baby perahan air anggur. Entah sakit perut ke apa ke.. Sukati je kan. Haha! kejam!
Dalam masa seminggu, ulang alik check darah masih lagi turun naik. Allahhh penatnya tuhan je yg tau. Setiap hari kena datang klinik selama seminggu, then selang 2 hari sekali pulak. Sampai lah kena refer balik ke hospital. Again!!!!!!!!!!???? Argh!.
KK bagi
tu pn bg reference letter, berangkut lah lagi ke hospital. Doc pun pelik kenapa bacaan anak turun naik. Danggg! Kali ni bukan check darah tapi nk check air kencing pulak. Doc nak amik sample air kencing fresh dari pundi kencing ok. So kena inject direct kt bahagian atas
bebird tulah.
Meraung baby! Kite duduk dalam bilik menyusu pn boleh dengar. Memang sedih sangat! En Asben jelah tunggu depan pintu bilik Doc. Kite mmg awal2 lagi tak sanggup nk dgr baby nangis.
Tq kak tlg bawa gi hospital time ni :)
Doc practical yang ambil sampel tu, then dia cakap tak dpt nk amik fresh urine tu. So kena inject lagi sekali. NO WAY! Mmg tak bg doc inject lagi sekali. Bygkan la. Klau kita yg dewasa ni pn rasa sakit apatah lagi baby tu. Sensitive area pulak tu! tetibe datang doc pakar, dia la tlg dptkan sample baby. Tak payah cucuk pun oi. Guna tiub je. Terus keluar air kencing! Baby nangis kejap jelah. Lpstu ok je. Tak tau lah kenapa dari mula tak bt mcmtu. Then boleh balik, tggu result dalam masa beberapa hari.
Ok result dah dapat. Baby takda sakit apa pun. Cuma kena prolonged jaundice je. Mommy tak boleh makan makanan yg berasaskan halia atau lada hitam. Tak boleh makan jamu. Air periuk dan sebagainya bt sementara waktu. Elakkan semua tu smpai la kuning baby betul2 turun. Ok now i know... no wonder kuning baby turun naik. Dekat sebln jugak ulang alik KK. Smpai En Asben habis cuti. Dari hari2 check up dekat KK, selang dua hari sekali, selang tiga hari sekali, refer ke hospital lagi sekali. Finally and alhamdulillah turun jgk akhirnya....
Dugaan betul anak kne
prolonged jaundice.
Nsb baik la baby no dua kne kuning kejappppppppp je. Kalau kena prolonged jaundice lagi, nampaknya sepuluh tahun lagi baru ada next baby kot. Huhu Bkn trauma bersalin tapi trauma pengalaman mcmni lah. Penatnya tuhan je yg tau.
Semoga bila besar nanti anak2 mommy jadi orang yg berguna dunia akhirat. Inshaallah.
Penat dh nak type pjg2.
Nahh tepek gambar baby masa kena jaundice :)