Selamat hari selasa uols.
Lama tak menulis. Biasalah kita sibuk membesarkan baby dalam perut. Apa lagi.. Hehe
Next month dah due dah. I is tak sabarrr :)
Ni nak cerita serba sikit apa yang dirasai sendiri mempunyai anak yang dilahirkan rapat rapat.
Memang tak disyorkan untuk ada anak rapat2. Sekurang2 nya kena jarak dalam 2 tahun kan. Tp apa boleh buat.. Diri sendiri tak blh nak merancang. Makan pil pn tak sesuai. Injection dan alat hormone lain pn tak sesuai. So En Asben jelah sorang2 kena merancang. Tp dia pn gagal ok! Fullstop.
Ok Meh tengok serba sedikit pengalaman membesarkan anak yang jarak sorang setahun ni.
- Jimat
Bab mainan pulak mmg berbakul2 mainan. Itu pn blh main sama2. Kadang2 berlaku jugak perebutan tapi pandai2 la kita leraikan eh.
Contohnya kalau abg & adik berebut mainan yang sama, kita gantikan la mainan lain utk alih perhatian dorang. Atau beli la dua mainan yg sama tp berbeza colour ke. Sharing & bertolak ansur ni kne train dari kecil tau. Jangan menangkan abang ke adik ke. Bg kita la takda istilah abg kena sentiasa mengalah pada adik. Sbb serba sikit mesti anak tu akan kecik hati dan risau terbawa2 sampai ke dewasa pulak kan. Cukup la abang jadi pelindung pada adik2.
- Berkawan baik
- Membesar bersama
Bab tidur pulak, arrange masa dorang. Make sure time bangun, tidur tgh hari semua sekali la. Tidurkan dalam keadaan yang sunyi. Simpan mainan, tutup bunyi / tv/ silence hp. Apa2 jelah yg mengganggu tu simpan dulu. Tidurkan tgh hari dan malam dlm suasana yg tenang dan selesa. Sampai lah time tidur dan bangun dah serasi. Gitew. Kalau nak senang lagi, jgn tidurkan anak2 tgh hari,
confirm malam tidur. Mcm ank2 kita mmg dua kali akan bangun utk susu. Dari baby smpai sekarang. Untungla mak2 yg anak tidur sepanjang mlm tu........
- Segalanya lebih tersusun
Setiap kali basuh baju, lipat, asing siap2 baju duduk rumah, baju utk keluar.
TAPIIIIIIIII bila sampai kat En Asben, orang lelaki ni suka mencapai jer apa yang ada. Baju jalan dibuatnya baju duduk rumah. Lpstu makan comot, meninggalkan kotoran degil kat baju. Akhirnya baju jalan jadi lah baju duduk rmh pulakkkkk. Haih!
- Susu & pampers
Thats all for now. Nanti ada tips lagi kita share ok.
*TIPS - jangan pinggirkan anak yg pertama bila yg kedua lahir. Jangan bezakan anak2.
Buat aktiviti sama2. Boleh ajar anak yang lebih tua ambilkan pampers utk adik ke, pass kan botol susu ke, ajar share makanan dgn adik. Praktikkan apa saja aktiviti yg blh dibuat bersama.
Dr pagi tulis masuk tgh hari dah pn.
Dan bt pertama kalinya kite letak gambar anak2 dlm blog. Tgh lena diulit mimpi. Begini la keadaannya tiap2 malam. Kadang kita selit kat tgh2 tu sekali sekala kalau En Asben shift malam. Hehe. ❤